Posts

HarIni : English Philosophy 7

"Little leaks sink the ship" "A rolling stone gathers no moss" "Beggars can't be choosers" "Good fences make good neighbors" "Unity is strength"

dr.pd. : Passion Pit - Little Secrets

Image
Higher and Higher and Higher.  Itulah bahagian chorus  dalam lagu ini yang boleh saya katakan amat sedap di dengar. Suara vokalis Passion Pit, Michael Angelakos  memang kena dengan muzik yang catchy dan groove ditambah pula dengan nyayian kanak-kanak pada bahagian chorus terutamanya Higher and Higher and Higher  yang diulang sebanyak dua kali pada bahagian tersebut menjadikan lagu ini sebagai sebuah karya yang santai, ceria dan mudah didengar serta diterima. Muzik yang rancak dengan menggunakan peralatan muzik seperti synthesizer dan sampler memang tidak asing lagi dalam kumpulan ini berasaskan elektronik. Mengenai lirik lagu ini, saya merasakan ada mesej yang ingin disampaikan seperti unsur nasihat terhadap sesuatu tindakan atau perbuatan dalam masa yang sama ada unsur ceria dan santai dari awal hingga akhir lagu ini. Klip video ini pula agak biasa-biasa sahaja. Bermula dengan seorang wanita asia masuk ke dalam sebuah pasaraya sambil membeli beberapa barang dan...

HarIni : English Philosophy 6

"Patience is a virtue" "Time and tide wait for no man" "The early bird catches the worm" "Where there is a will, there is a way" "When you fail to plan, you plan to fail"

CreateTVty : Tanglung Mentol

Image
Selalunya perumah iaitu palang besi aluminium itu digunakan untuk menyokong tiub kaca lampu kalimantang dan suis utama untuk menyalakan lampu berkenaan apabila di buka namun dengan kreativiti yang ada serta pengetahuan am tentang peralatan elektrik dan pendawaiannya, ia boleh berubah dengan hanya menggantungkan dua mentol atau bulb kaca yang jimat tenaga pada hujung perumah tersebut.    

dr.pd. : Imagine Dragons - It's Time

Image
Kalau sebelum ini, saya membuat ulasan mengenai muzik video lagu ini versi stomp , kali ini saya akan mengulas lagu ini dalam versi asli atau rakaman studio. Berbeza daripada versi stomp , lagu It's Time versi asli daripada Imagine Dragons kerana pada awal lagu ini dimainkan, kedengaran ketukan dram yang mengikut irama lagu ini tidak seperti versi stomp , yang lebih menggunakan anggota fizikal seperti tangan dan kaki untuk menghasilkan bunyi menggantikan dram. Tetapi, petikan gitar mandolin tidak akan diketepikan untuk lagu ini disamping penggunaan piano di bahagian chorus . Mengenai klip video lagu ini pula, saya tidak begitu memahami konsep atau kaitan lagu ini dengan klip video yang dihasilkan. Bermula dengan perjalanan 4 sekawan (semua ahli kumpulan Imagine Dragons ) di kawasan tandus dan diliputi awan hitam. Mereka menemui sebuah kotak dan membukanya, lalu menjumpai sebuah benda bulat bersinar kebiruan. Mereka mengorek tanah dan menanam benda berkenaan. Babak-babak ak...

ALLbum : Imagine Dragons - It's Time (2011)

Image
Kugiran : Imagine Dragons (Amerika) Jumlah Lagu : 8 Genre : Indie Rock & Britpop Durasi Keseluruhan Lagu : 32:02 Ini merupakan Extended Play (EP) yang ketiga bagi kugiran dari Amerika Syarikat. Lagu yang menaikkan populariti kugiran ini sudah semestinya It's Time pada trak yang pertama. Kekuatan melodi yang bagus dengan petikan gitar mandolin sudah cukup menghiburkan di samping sarat dengan mesej yang berguna. Malah, ada yang mula mengenali kumpulan ini menerusi rancangan tv atau drama popular di sana seperti Glee dan lain-lain, memperdengarkan lagu ini dan secara tidak langsung menaikkan nama Imagine Dragons setanding kugiran-kugiran indie seperti Fun atau Foster The People . Lagu kedua berjudul Amsterdam pada mulanya saya berfikir lagu ini seperti hendak memohon kemaafan daripada ibu, abang dan lain-lain akan tetapi mesejnya lebih daripada itu. Jika trak kedua iaitu Amsterdam diambil sempena nama ibu negara Belanda, trak ketiga pula adalah Tokyo iai...

HarIni : English Philosophy 5

"If at first you don't succeed, try, try, try again" "Honesty is the best policy" "It is no use crying over spilt milk" "Make hay while the sun shines" "Rome was not built in a day"