Higher and Higher and Higher. Itulah bahagian chorus dalam lagu ini yang boleh saya katakan amat sedap di dengar. Suara vokalis Passion Pit, Michael Angelakos memang kena dengan muzik yang catchy dan groove ditambah pula dengan nyayian kanak-kanak pada bahagian chorus terutamanya Higher and Higher and Higher yang diulang sebanyak dua kali pada bahagian tersebut menjadikan lagu ini sebagai sebuah karya yang santai, ceria dan mudah didengar serta diterima. Muzik yang rancak dengan menggunakan peralatan muzik seperti synthesizer dan sampler memang tidak asing lagi dalam kumpulan ini berasaskan elektronik. Mengenai lirik lagu ini, saya merasakan ada mesej yang ingin disampaikan seperti unsur nasihat terhadap sesuatu tindakan atau perbuatan dalam masa yang sama ada unsur ceria dan santai dari awal hingga akhir lagu ini. Klip video ini pula agak biasa-biasa sahaja. Bermula dengan seorang wanita asia masuk ke dalam sebuah pasaraya sambil membeli beberapa barang dan menuju pula ke seb