Posts

Showing posts from February, 2014

HarIni : 'Kalau Aku Kaya' Ngorat Gadis Guna Kaedah Pemasaran

Image
Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata “Aku adalah orang kaya, kahwinlah dengan aku!” . Itu adalah Direct Marketing . * Kalau lelaki cakap 'straight to the point' apa niat atau tujuannya, mungkin lelaki ini jenis yang jujur, berterus terang dan takde banyak rahsia yang disimpan kot * Jika anda berada di sebuah pesta bersama kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata “Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk ke arah anda). Dia sangat kaya maka kahwinlah dengan dia” . Itu adalah Advertising . * Aku yakin kawan-kawan anda mesti masuk 'line' punya nak ngorat gadis cantik tu daripada mereka mengiklankan anda kepada si dia * Jika anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda memperbetulkan tali leher, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman kepadanya. Anda membukakan pintu kereta untuknya di saat menghantarny

dr.pd. : Sekumpulan Orang Gila - Sumpah Pendekar

Image
Sekumpulan Orang Gila (SOG) ini tampil dengan muzik yang mereka gelarkan sebagai "metal" Melayu. Walaupun begitu, lagu ini saya tidak mendengar sebarang irama atau melodi yang garang dan bingit dengan alunan "riff" gitar seperti muzik metal cuma saya boleh andaikan ia sekadar muzik "hard rock" sahaja. Malah, ada alunan seruling didalam lagu ini serta gaya nyayian penyanyi keduanya seakan-akan vokalis kumpulan Linkin Park. Paparan videonya pula ringkas dan melihat aksi mereka yang ternyata lincah sekali dalam membuat persembahan. Kelibat seakan-akan Hang Tuah melalui imej hologram juga turut diselitkan bersama didalam video ini. Liriknya pula tampak jelas membawa maksud penyatuan bangsa Melayu supaya jangan berpecah belah, bersatu padu serta teguh menghadapi cabaran masa hadapan yang tidak menentu. budi bicara adalah dinasihatkan