Single terbaru kugiran indie Amerika, Fun yang diambil daripada album mereka yang berjudul Some Nights ini boleh dikatakan agak biasa-biasa sahaja. Melodi yang agak ringkas dengan liriknya bertemakan tentang percintaan. Tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah muzik video yang cukup kreatif sekali. Suatu benda atau barang yang digunakan untuk memuatkan pakaian dan sebagainya apabila anda ingin mengembara. Ya, itulah beg pakaian, yang menjadi 'watak' utama dalam muzik video ini. Anda dapat melihat sendiri bagaimana perjalanan sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di lapangan terbang melalui pelbagai situasi yang berbeza. Di buang dan di ambil semula oleh pengemis seterusnya di jual di kedai pajak gadai, menjadi 'orang tengah' dalam urusan jual beli yang terancang yang mungkin sekali memuatkan wang tunai, emas atau dadah di dalamnya, dan di babak akhir dalam video ini, ia memainkan peranan utamanya sebagai beg pakaian oleh seorang pengembara bermotosikal yang me