dr.pd. : Fun - Why Am I The One
Single terbaru kugiran indie Amerika, Fun yang diambil daripada album mereka yang berjudul Some Nights ini boleh dikatakan agak biasa-biasa sahaja. Melodi yang agak ringkas dengan liriknya bertemakan tentang percintaan. Tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah muzik video yang cukup kreatif sekali. Suatu benda atau barang yang digunakan untuk memuatkan pakaian dan sebagainya apabila anda ingin mengembara. Ya, itulah beg pakaian, yang menjadi 'watak' utama dalam muzik video ini. Anda dapat melihat sendiri bagaimana perjalanan sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di lapangan terbang melalui pelbagai situasi yang berbeza. Di buang dan di ambil semula oleh pengemis seterusnya di jual di kedai pajak gadai, menjadi 'orang tengah' dalam urusan jual beli yang terancang yang mungkin sekali memuatkan wang tunai, emas atau dadah di dalamnya, dan di babak akhir dalam video ini, ia memainkan peranan utamanya sebagai beg pakaian oleh seorang pengembara bermotosikal yang mengembara dalam persekitaran berbeza. Anda juga boleh melihat dalam salah satu babak dimana beg pakaian itu mempunyai mata dan mulut sambil tersenyum ke arah ahli Fun yang sedang menikmati minuman mereka di sebuah kafe. Babak akhir dalam video ini mungkin mustahil bagi beg tersebut dapat memuatkan keyboards dan gitar, ia hanyalah trick kamera. Bagi saya, amat jarang sekali dapat menonton satu muzik video yang cukup kreatif. Tahniah kepada pengarah muzik video ini kerana berjaya mempamerkan satu video yang kreatif, berkualiti serta terbaik.
Comments
Post a Comment