Tesekkurler Turkiye 1
Pengembaraan aku ke Turki bermula di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul. Aku tiba di sini dalam pukul 5 pagi. Aku menaiki pesawat Turkish Airlines dengan kod penerbangan TK 61 dan berlepas dari KLIA sekitar pukul 11:40 malam. Aku perlu melepasi pemeriksaan pasport dan beratur secara zig-zag. Lepas itu, aku pergi ambik beg di tempat pengambilan bagasi. Aku berkumpul di suatu tempat bersama geng rombongan kami sebelum bergerak keluar dari lapangan terbang tersebut.
Sebelum itu, ada satu lagi pemeriksaan yang melibatkan pengimbasan (scanning) pada bagasi dan penumpang. Aduyai, macam2 pemeriksaan plak. Aku kena bukak tali pinggang dan keluarkan telipon dan dompet sebab mesin imbas ni amat sensitif terhadap benda2 seperti besi, aluminium, keluli dan sewaktu dengannya. Sebaik saja aku keluar dari pintu utama, aku dapat rasakan angin sejuk yang dingin. Terasa macam kat Cameron Highlands plak. Biasalah, berada di benua Eropah.
Rombongan kami disambut oleh sorang pemandu pelancong bernama Mr. Yakup Fidan. Kenderaan utama sepanjang perjalanan kami di Turki ni adalah bas persiaran. Maklumlah, rombongan kami ni ada lebih kurang 42 orang termasuk sorang Mutawwif. Selesai memunggah bagasi masuk ke dalam bas, kami pun bertolak keluar dari kawasan airport tersebut. Aku tak pasti pukul berapa bila kami keluar dari airport. Mungkin sekitar pukul 8 pagi kot melihat cahaya matahari naik di ufuk timur.
Destinasi pertama kami adalah Masjid Al Ayyub Al Ansar. Dari airport ke masjid ni mengambil masa kira2 40 minit. Sepanjang perjalanan tu, aku melihat pelbagai panorama yang indah. Reka bentuk rumah2 mereka lebih kurang sama macam rumah kita di Malaysia. Tapi, rumah yang moden la, bukan rumah tradisional. Bangunan mereka dibina sangat rapat antara satu sama lain. Selain itu, banyak kubu2 lama yang masih lagi terpelihara struktur binaannya.
Masjid Al Ayyub Al Ansar ni menghadap Selat Bosphorus. Nama masjid ini di ambil sempena nama sorang pahlawan Islam yang terbilang iaitu Abu Ayyub Al Ansari. Pejuang Islam ini meninggal dunia ketika dalam pertempuran menentang empayar Constantinople untuk menawan kota Istanbul. Dikatakan jenazah Abu Ayyub Al Ansari dikebumikan di kawasan masjid ini. Struktur masjid ini masih elok dan dijaga dengan rapi walaupun dibina ratusan tahun dahulu.
Sebelum itu, ada satu lagi pemeriksaan yang melibatkan pengimbasan (scanning) pada bagasi dan penumpang. Aduyai, macam2 pemeriksaan plak. Aku kena bukak tali pinggang dan keluarkan telipon dan dompet sebab mesin imbas ni amat sensitif terhadap benda2 seperti besi, aluminium, keluli dan sewaktu dengannya. Sebaik saja aku keluar dari pintu utama, aku dapat rasakan angin sejuk yang dingin. Terasa macam kat Cameron Highlands plak. Biasalah, berada di benua Eropah.
Rombongan kami disambut oleh sorang pemandu pelancong bernama Mr. Yakup Fidan. Kenderaan utama sepanjang perjalanan kami di Turki ni adalah bas persiaran. Maklumlah, rombongan kami ni ada lebih kurang 42 orang termasuk sorang Mutawwif. Selesai memunggah bagasi masuk ke dalam bas, kami pun bertolak keluar dari kawasan airport tersebut. Aku tak pasti pukul berapa bila kami keluar dari airport. Mungkin sekitar pukul 8 pagi kot melihat cahaya matahari naik di ufuk timur.
Destinasi pertama kami adalah Masjid Al Ayyub Al Ansar. Dari airport ke masjid ni mengambil masa kira2 40 minit. Sepanjang perjalanan tu, aku melihat pelbagai panorama yang indah. Reka bentuk rumah2 mereka lebih kurang sama macam rumah kita di Malaysia. Tapi, rumah yang moden la, bukan rumah tradisional. Bangunan mereka dibina sangat rapat antara satu sama lain. Selain itu, banyak kubu2 lama yang masih lagi terpelihara struktur binaannya.
Monument pancuran air di sebuah bulatan selepas kitorang keluar dari airport. Aku snap gambar ni dari dalam bas. Cantik, kan?
Terlintas di hatiku untuk snap gambar masjid ni. Aku tak tau nama masjid ni ape?
Turun saja dari bas, aku terus nampak lanskap bunga yang cantik di tepi jalan. Ada pelbagai jenis bunga dengan warna yang berbeza. Aku bukan peminat bunga tapi cantik la lanskap bunga nih.
Aku melalui kawasan perkuburan di belakang masjid. Dikatakan ramai pegawai2 tertinggi kerajaan, kaum kerabat, tokoh2 kenamaan yang meninggal dunia akan dikebumikan di sini.
Nun di atas bukit sana pun terdapat kawasan perkuburan. Korang mesti tahu kisah sorang pelajar Malaysia bernama Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Video arwah dikebumikan pernah viral kat laman Youtube suatu ketika dulu. Menurut Mr. Yakup, jenazah Ahmad Ammar dikebumikan di atas bukit tersebut.
Pintu masuk utama ke dalam Masjid Al Ayyub Al Ansar. Kasut atau selipar boleh bawak masuk tapi kena bungkus dengan plastik. Plastik disediakan, cam plastik balut sayur kat pasaraya. Pengunjung perempuan yang non Muslim dan aurat terdedah kena pakai jubah yang disediakan sebelum masuk ke dalam masjid.
Di kawasan tengah dalam perkarangan Masjid Al Ayyub Al Ansar.
Suasana di dalam Masjid Al Ayyub Al Ansar.
Bersambung...
Comments
Post a Comment