Tesekkurler Turkiye 2
Rombongan kami meneruskan perjalanan menuju ke Bursa dan meninggalkan kota Istanbul buat seketika waktu. Keadaan agak sesak ketika itu, padat dengan kenderaan. Bas yang kami naiki melalui salah satu daripada dua jambatan yang merentasi Selat Bosphorus. Satu, Bosphorus Bridge dan satu lagi, Fatih Sultan Mehmet Bridge. Aku pun tak tau, mana satu jambatan yang kami lalu. Lantaklah. Panjang jambatan lebih kurang 1 km. Macam lalu kat jambatan Penang pun ada. Hahaha. Korang tahu negara Turki ni berada di antara dua benua yang berbeza iaitu Asia dan Eropah. Tapi, sebahagian besar kawasan negara Turki berada di benua Asia manakala selebihnya di bahagian Eropah. Sempadan yang memisahkan antara kedua-dua benua ini adalah Selat Bosphorus. Namun, depa memilih untuk menganggotai Kesatuan Eropah atau EU (European Union). Jadi, Turki berada dalam benua Eropah. Perjalanan menuju ke Bursa dari Istanbul memakan masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami melalui lebuh raya tanpa tol. Aku lihat pelbaga