Tesekkurler Turkiye 2
Rombongan kami meneruskan perjalanan menuju ke Bursa dan meninggalkan kota Istanbul buat seketika waktu. Keadaan agak sesak ketika itu, padat dengan kenderaan. Bas yang kami naiki melalui salah satu daripada dua jambatan yang merentasi Selat Bosphorus. Satu, Bosphorus Bridge dan satu lagi, Fatih Sultan Mehmet Bridge. Aku pun tak tau, mana satu jambatan yang kami lalu. Lantaklah. Panjang jambatan lebih kurang 1 km. Macam lalu kat jambatan Penang pun ada. Hahaha.
Korang tahu negara Turki ni berada di antara dua benua yang berbeza iaitu Asia dan Eropah. Tapi, sebahagian besar kawasan negara Turki berada di benua Asia manakala selebihnya di bahagian Eropah. Sempadan yang memisahkan antara kedua-dua benua ini adalah Selat Bosphorus. Namun, depa memilih untuk menganggotai Kesatuan Eropah atau EU (European Union). Jadi, Turki berada dalam benua Eropah.
Perjalanan menuju ke Bursa dari Istanbul memakan masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami melalui lebuh raya tanpa tol. Aku lihat pelbagai pemandangan yang cukup unik dan cantik. Jalan melalui lembah bukit-bukau dengan beberapa selekoh tajam mengingatkan aku kepada jalan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands. Tak lama kemudian, kami tiba di sebuah pengkalan jeti. Rupanya, kami akan menaiki feri. Aku pun tak pasti sama ada kami menyeberangi sungai atau tasik.
Perjalanan diteruskan menuju ke bandar Bursa. Aku menikmati pemandangan ladang buah zaitun di kiri dan kanan lebuh raya, sepanjang perjalanan menuju ke sana. Memasuki bandar Bursa, kami melalui kawasan perkilangan dan perindustrian. Kilang Fiat tepi jalan, aku nampak dah macam kilang Proton kat Shah Alam. Oh! Ya, kebanyakan kereta yang aku lihat kat Turki, semuanya kereta buatan Eropah seperti Fiat, Renault dan Volkswagen dan kereta buatan Jepun seperti Honda dan Toyota. Tapi, aku belum nampak lagi kereta jenama Malaysia kat sini.
Destinasi pertama kami di bandar Bursa adalah menziarahi Grand Mosque Of Bursa. Sebelum itu, kami berhenti di sebuah restoran tepi jalan untuk makan tengahari. Nama restoran tu, Kofte Yusuf dan ia adalah restoran favorite bagi Mr. Yakup, tour guide kami memandangkan dia dan keluarganya menetap di bandar Bursa ni. Kami dihidangkan dengan set makanan berupa nasi season Turki yang dipanggil Pilav, salad campur bersama perahan lemon dan hirisan daging panggang atau Kofte. Marvelous! Hirisan daging panggang tu memang terbaiklah!
Korang tahu negara Turki ni berada di antara dua benua yang berbeza iaitu Asia dan Eropah. Tapi, sebahagian besar kawasan negara Turki berada di benua Asia manakala selebihnya di bahagian Eropah. Sempadan yang memisahkan antara kedua-dua benua ini adalah Selat Bosphorus. Namun, depa memilih untuk menganggotai Kesatuan Eropah atau EU (European Union). Jadi, Turki berada dalam benua Eropah.
Perjalanan menuju ke Bursa dari Istanbul memakan masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami melalui lebuh raya tanpa tol. Aku lihat pelbagai pemandangan yang cukup unik dan cantik. Jalan melalui lembah bukit-bukau dengan beberapa selekoh tajam mengingatkan aku kepada jalan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands. Tak lama kemudian, kami tiba di sebuah pengkalan jeti. Rupanya, kami akan menaiki feri. Aku pun tak pasti sama ada kami menyeberangi sungai atau tasik.
Aku snap gambar ni dari atas feri. Kami naik feri ni dari sana. Terdapat beberapa buah feri sedang berlabuh di pengkalan. Nun di atas bukit sana, ada sebuah bandar tapi aku tak tau nama apa bandar tu.
Keadaan di atas deck feri. Tempat untuk berehat seketika bagi pemandu dan penumpang kenderaan sementara menunggu feri ni sampai ke pengkalan jeti sebelah sana.
Boleh beli pelbagai jenis makanan ringan seperti snek keropok, coklat, candy bar dan lain-lain. Ada minuman panas seperti kopi dan teh serta minuman dalam kotak dan tin.
Aku menikmati secangkir kopi Americano yang hitam, pekat, likat dan pahit berharga 4 Turki Lira dan dikenakan KDV 8%. KDV ni macam GST kat Malaysia la. Aku dapat air kopi ni setelah tak paham jurujual tu cakap apa. Bahasa Inggeris dialek Turki. Hehehe. Ah! Lantaklah. Walaupun aku telah masukkan beberapa ketul sugar cube pun belum terasa manisnya air kopi nih. Patutlah minum tak habis. Hehehe.
Salah satu gambar pemandangan kat tepi lebuhraya.
Destinasi pertama kami di bandar Bursa adalah menziarahi Grand Mosque Of Bursa. Sebelum itu, kami berhenti di sebuah restoran tepi jalan untuk makan tengahari. Nama restoran tu, Kofte Yusuf dan ia adalah restoran favorite bagi Mr. Yakup, tour guide kami memandangkan dia dan keluarganya menetap di bandar Bursa ni. Kami dihidangkan dengan set makanan berupa nasi season Turki yang dipanggil Pilav, salad campur bersama perahan lemon dan hirisan daging panggang atau Kofte. Marvelous! Hirisan daging panggang tu memang terbaiklah!
Ni set hidangan tengahari kat restoran Kofte Yusuf. Ada nasi season Turki yang dikenali sebagai Pilav, daging panggang atau Kofte, salad campur, jeruk dan sambal sikit. Aku tak makan jeruk dan sambal tu. Entah macam mana rasanya. Tapi, air tehnya memang terbaik. Harum dan wangi macam teh cap 888.
Inilah Kofte. Bentuknya memang pelik sikit. Bentuknya seakan-akan sosej sikit tapi melengkung. Hah! Jangan ingat benda lain pulak. Haha. Selain Kofte, minyak dan buah zaitun jugak turut dijual di sini. Di Turki ni, minyak dan buah zaitun sangat mudah dan senang untuk didapati. Ia dijual di merata-rata tempat. Harganya cukup murah berbanding beli kat Malaysia. Pahit, kelat dan masin. Itulah rasa buah zaitun yang sebenar. Peh! Macam iklanlah. Kehkehkeh...
Bersambung...
Comments
Post a Comment