Tesekkurler Turkiye 3
Lepas menjamu selera makan tengahari kat Kofte Yusuf, kami meneruskan perjalanan menuju ke pusat bandar Bursa. Destinasi utama adalah Grand Mosque Of Bursa. Banyak betul kilang di kiri dan kanan sepanjang perjalanan menuju ke pusat bandar. Tak lama kemudian, barulah aku jumpa deretan kedai, mall, hotel dan bangunan-bangunan besar. Rupanya, bandar Bursa berada dekat dengan sebuah gunung yang besar, dikenali sebagai Gunung Uludag. Dari jauh, aku boleh nampak beberapa kawasan salji di puncak gunung walaupun masa tu bukan musim sejuk. Melihat gunung ni mungkin setanding dengan Gunung Kinabalu di Sabah. Menurut Mr. Yakup, ada sebuah ski resorts popular terletak di Gunung Uludag. Mungkin ia dibuka ketika musim sejuk. Sorry ye, aku tak snap gambar Gunung Uludag.
Kami mula memasuki pusat bandar Bursa. Kombinasi bangunan moden dan bangunan lama mendominasi bandar Bursa ini. Aku dapat lihat trem elektrik bergerak di landasannya atas jalan raya. Suatu pemandangan yang jarang dilihat di Malaysia. Kira2 45 minit selepas lunch kat restoran Kofte Yusuf, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju, Grand Mosque Of Bursa. Ia terletak di tengah2 pusat bandar Bursa. Masjidnya besar dan kawasannya luas. Rombongan kami bercadang nak solat jamak Zohor dan Asar kat masjid ni. Sebelum itu, aku ke tandas. Tandas masjid terletak bawah tanah di luar masjid. Kalau nak masuk tandas masjid di Turki ni kena bayar tau. Antara 1-2 Turki Lira. Nak masuk tandas pun ada pengadang besi. Pengadang besi? Ala, kalau korang biasa naik LRT kat KL, sebelum pergi ke platform, kita perlu melalui satu barisan pengadang besi. Kita cuma masukkan tiket ke dalam slot dan pengadang besi secara automatik terbuka sendiri. Ia lebih kurang macam tula, kita cuma tolak batang besi ke depan. Apapun, nak masuk tandas kat Grand Mosque Of Bursa terasa seperti nak masuk subway train macam kat USA pun ada.
Citer pasal tandas satu hal, kini aku nak ambil wuduk plak. Tempat wuduk depa biasa2 jer. Guna air paip siap ada tempat duduk lagi. Setakat ni, aku tak nampak 'air kolah' untuk ambil wuduk di sana. Peh! Airnya sejuk giler. Tambahan pulak, cuaca sungguh nyaman. Selesai ambik wuduk, aku masuk ke dalam masjid dan solat jamak secara berjemaah. Kasut sneakers aku dibungkus dalam plastik yang diberi oleh pihak masjid. Aku bawanya ke dalam masjid dan letak di atas rak yang disediakan. Depa tak mau karpet masjid kotor. Kalau letak kasut kat luar takut hilang. Lepas solat dan berdoa, aku snap gambar dalam Masjid Bursa ni. Luar dan dalam masjid ni memang cantik binaannya. Berseni.
Cuma, ada satu benda yang aku tertinggal di Turki iaitu jam tangan aku. Aku buka ikatan jam tangan dan letak di atas batu bersebelahan paip air semasa nak ambil wuduk di masjid ini. Lepas solat, aku raba poket seluar nak ambik jam tapi tak ada. Aku dah gelabah dan masa itu baru aku teringat sesuatu. Mungkin aku tertinggal jam kat tempat ambik wuduk. Bila aku sampai kat situ, aku pun cari jam tangan aku tapi tak jumpa. Ah! Takpelah. Mungkin takde rezeki. Ia bukan jam tangan mewah dan berjenama. Ia cuma jam tangan biasa2 jer. Jam tangan warna hitam jenama US Submarine, jenis jarum bukan digital, reka bentuk agak sporty dan tahan lasak. Sapa2 yang jumpa jam tu, harap dapat jaga dengan elok. Ah! Aku selalu terkenang jam tu. Sigh.
Selepas kami melawat Grand Mosque Of Bursa, destinasi seterusnya adalah sebuah masjid yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Masjid Yesil atau Yesil Cami dalam bahasa Turki. Ia bermaksud masjid hijau. Ia turut dikenali sebagai Masjid Mehmed I diambil sempena nama Sultan Mehmed I. Rupanya, masjid ni tak jauh dari Masjid Besar Bursa. Agak pelik sebab masjid ni tak di cat warna hijau. Yelah, nama pun masjid hijau. Takpelah. Sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam masjid, kami disambut mesra oleh sorang pakcik. Aku tak tau sapa dia nih. Mungkin imam masjid ni kot. Dia menjadi tour guide kami di dalam masjid. Dia bagitau info sejarah pasal masjid kepada kami. Dia membawa kami ke suatu bilik yang sederhana besar, duduk bersila di ruangan tersebut sambil berzikir. Selesai berzikir, kami ambik gambar bersama pakcik tu di ruangan solat.
Kami bebas berlegar-legar sekitar kawasan masjid. Peluang ini digunakan untuk mengambil gambar dan berselfie. Aku melawat ke sebuah kedai cenderamata, tak jauh dari masjid. Sebaik saja aku masuk ke dalam kedai tu, aku lihat macam2 barang cenderamata dijual di sini. Nasib baik aku tak rambang mata dan bukan jenis kaki shopping. Ada rombongan kami yang beli fridge magnet kat kedai itu. Katanya, tak sah kalau melancong ke luar negara jika tak beli fridge magnet sebab benda nilah bukti kita datang ke sesebuah negara. Betul jugak tu. Benda ni boleh dikatakan wajib kena beli. Tapi, aku tak beli fridge magnet. Di kedai itu, aku cuma nak tukar duit Dollar kepada duit Lira sebab ia ada menawarkan perkhidmatan money changer. Hehehe. Sorry geng, takde foto yang ditangkap di dalam kedai cenderamata.
Kami mula memasuki pusat bandar Bursa. Kombinasi bangunan moden dan bangunan lama mendominasi bandar Bursa ini. Aku dapat lihat trem elektrik bergerak di landasannya atas jalan raya. Suatu pemandangan yang jarang dilihat di Malaysia. Kira2 45 minit selepas lunch kat restoran Kofte Yusuf, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju, Grand Mosque Of Bursa. Ia terletak di tengah2 pusat bandar Bursa. Masjidnya besar dan kawasannya luas. Rombongan kami bercadang nak solat jamak Zohor dan Asar kat masjid ni. Sebelum itu, aku ke tandas. Tandas masjid terletak bawah tanah di luar masjid. Kalau nak masuk tandas masjid di Turki ni kena bayar tau. Antara 1-2 Turki Lira. Nak masuk tandas pun ada pengadang besi. Pengadang besi? Ala, kalau korang biasa naik LRT kat KL, sebelum pergi ke platform, kita perlu melalui satu barisan pengadang besi. Kita cuma masukkan tiket ke dalam slot dan pengadang besi secara automatik terbuka sendiri. Ia lebih kurang macam tula, kita cuma tolak batang besi ke depan. Apapun, nak masuk tandas kat Grand Mosque Of Bursa terasa seperti nak masuk subway train macam kat USA pun ada.
Tiga gambar di atas ni adalah pemandangan di luar bangunan Masjid Besar Bursa.
Pemandangan di dalam Masjid Besar Bursa.
Selepas kami melawat Grand Mosque Of Bursa, destinasi seterusnya adalah sebuah masjid yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Masjid Yesil atau Yesil Cami dalam bahasa Turki. Ia bermaksud masjid hijau. Ia turut dikenali sebagai Masjid Mehmed I diambil sempena nama Sultan Mehmed I. Rupanya, masjid ni tak jauh dari Masjid Besar Bursa. Agak pelik sebab masjid ni tak di cat warna hijau. Yelah, nama pun masjid hijau. Takpelah. Sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam masjid, kami disambut mesra oleh sorang pakcik. Aku tak tau sapa dia nih. Mungkin imam masjid ni kot. Dia menjadi tour guide kami di dalam masjid. Dia bagitau info sejarah pasal masjid kepada kami. Dia membawa kami ke suatu bilik yang sederhana besar, duduk bersila di ruangan tersebut sambil berzikir. Selesai berzikir, kami ambik gambar bersama pakcik tu di ruangan solat.
Dua gambar di atas ni pula adalah pemandangan di luar Masjid Yesil
Pemandangan di luar Masjid Yesil dari sudut berbeza. Kehkehkeh! Ni bahagian belakang la.
Tiga gambar di atas ni pula adalah pemandangan dari dalam Masjid Yesil.
Sekitar kawasan Masjid Yesil.
Bersambung...
Comments
Post a Comment