Posts

Showing posts from May, 2016

Tesekkurler Turkiye 4

Image
Selepas seharian berjalan-jalan di Istanbul dan Bursa, akhirnya kami menuju ke hotel untuk berehat. Perjalanan menuju ke hotel dari Masjid Yesil hanya sekitar 5-10 minit sahaja. Hotel yang kami menginap adalah Hotel Gold, sebuah hotel bajet yang terletak di tengah2 bandar Bursa. Bangunannya sederhana tinggi, lebih kurang 10 tingkat kot. Kami menunggu di lobi hotel untuk mendapatkan bilik. Yes! Aku tinggal bersama ibu bapaku. Lepas dapat kunci, kami terus ke bilik. Aku tak ingat tingkat berapa, mungkin antara tingkat 3 atau 4 kot. Bagasi pakaian kami akan dibawak naik oleh petugas hotel tersebut. Biliknya biasa2 saja. Biasalah, hotel bajet kan. Ada 3 katil single, dapat la sorang satu. Tidur semalam je kat sini. Kami berehat lebih kurang setengah jam sebelum turun ke tingkat bawah, untuk makan malam. Masa ni aku ambil peluang untuk tengok tivi. Mungkin ada drama yang best di samping heroin yang cantik. Hehehe. Bukan mudah nak sampai sini jadi bila dah dapat peluang, aku gunakan sebaik-