Tesekkurler Turkiye 4
Selepas seharian berjalan-jalan di Istanbul dan Bursa, akhirnya kami menuju ke hotel untuk berehat. Perjalanan menuju ke hotel dari Masjid Yesil hanya sekitar 5-10 minit sahaja. Hotel yang kami menginap adalah Hotel Gold, sebuah hotel bajet yang terletak di tengah2 bandar Bursa. Bangunannya sederhana tinggi, lebih kurang 10 tingkat kot. Kami menunggu di lobi hotel untuk mendapatkan bilik. Yes! Aku tinggal bersama ibu bapaku. Lepas dapat kunci, kami terus ke bilik. Aku tak ingat tingkat berapa, mungkin antara tingkat 3 atau 4 kot. Bagasi pakaian kami akan dibawak naik oleh petugas hotel tersebut. Biliknya biasa2 saja. Biasalah, hotel bajet kan. Ada 3 katil single, dapat la sorang satu. Tidur semalam je kat sini. Kami berehat lebih kurang setengah jam sebelum turun ke tingkat bawah, untuk makan malam. Masa ni aku ambil peluang untuk tengok tivi. Mungkin ada drama yang best di samping heroin yang cantik. Hehehe. Bukan mudah nak sampai sini jadi bila dah dapat peluang, aku gunakan sebaik-baiknya. Aku bukak macam2 saluran sehinggalah aku buka saluran berita. Berita pasal sukan. Walaupun aku tak faham tapi aku tetap layan. Aku cuba menghayati cara percakapan dorang. Orait, lets go dinner.
Kami turun ke tingkat 1 menuju ke ruang makan. Aku kurang pasti menu yang disediakan adalah masakan asli Turki atau tak sebab hidangannya agak lain sikit. Macam makanan Barat plak. Apapun, banyak pilihan makanan dan sila layan diri ye. Bab makanan kat Turki setakat ni, deria rasaku boleh terima lagi. Ada sesetengah makanan depa, rasa lebih kurang macam makanan Malaysia. Aku menikmati hidangan bersama ibubapaku dan saudara maraku di bahagian penjuru ruang makan sebelah tingkap jenis slide. Pemandangan biasa-biasa saja. Okey la. Hotel pun di tengah bandar. Aku perasan angin sejuk masuk melalui tingkap. Boleh dengar suara manusia bercakap dari luar bangunan. Rupanya, tingkap terbuka luas. Bahaya betul kalau ada kanak-kanak bermain kat sebelah tingkap nih tanpa pengawasan. Silap2 boleh jatuh ke bawah. Aku lihat di luar jendela, pelbagai ragam manusia sedang melakukan aktiviti harian mereka di tengah2 bandar Bursa ni. Suasana di sana agak janggal dan sukar untuk aku tafsirkan dengan kata2. Yelah, negara asing, kan. Mana sama dengan Malaysia.
Lepas makan, aku turun dan keluar hotel kejap. Aku saja nak pergi ke kedai runcit tak jauh dari hotel sambil ditemani oleh 2 orang bapa saudara. Depa nak beli buah strawberi. Aku tak beli apa2, saja nak ronda2, tangkap gambar sambil tengok keadaan sekeliling. Sekali pandang macam kedai runcit tapi rupanya mini market. Aku tak masuk dalam kedai tu, cuma pusing2 kat luar je. Teringin jugak nak masuk tapi entahlah, tak jadi plak. Segala jenis buah-buahan diletakkan di luar kedai. Buah plak nampak segar. Bapa saudaraku sibuk memilih buah strawberi yang ingin dibeli. Pada masa yang sama, aku sempat snap beberapa gambar. Lepas beli buah strawberi, kami pulang ke hotel dan berehat sepuas-puasnya.
Besoknya, kami kena berangkat pulang ke Istanbul. Bagasi dikumpul dan disusun di lobi hotel. Sekali lagi khidmat petugas hotel diperlukan untuk mengangkut bagasi masuk ke dalam ruang kargo bas. Kami pun tolong bantu la, meringankan sikit tugas depa. Waktu kami nak berangkat, hujan lebat turun membasahi kota Bursa. Suhu bertambah sejuk. Sebelum berangkat, kami sarapan dulu. Minum air teh wangi waktu hujan camni memang feeling habis. Air teh depa memang terbaik gua cakap sama lu. Kehkehkeh. Terasa berat hati untuk aku meninggalkan bandar Bursa ni. Bandar yang penuh dengan sejarah. Oh! Ya! Bandar ini pernah menjadi ibu negara ketika zaman pemerintahan Uthmaniyyah dulu.
Bersambung...
Ni hirisan daging panggang atau Kofte yang tak habis dimakan ketika lunch kat restoran Kofte Yusuf. Bawak balik makan kat hotel. Ratah jelah. Sooodap!
Sorry gambar blur.
Tengok makanan depa cukup menyelerakan walaupun belum rasa lagi. Pilihan makanan yang disediakan pun seimbang. Macam2 ada. Aku pun tak tau nak pilih mana satu.
Segala jenis buah-buahan ada.
Beginilah keadaan di luar. Nampak macam pekan kecil kan. Hotel Gold berada di sebelah kiri. Nampak 3 kereta putih parking kat sebelah bangunan. Itulah tempat kami menginap. Korang boleh nampak tingkap dibuka luas kat tingkat 1. Itulah hotel restoran. Situlah tempat aku makan malam petang.
Menu sarapan pagi. Banyak sayur je. Makanan berkhasiat.
Ini adalah manisan yang seakan-akan Turkish Delight. Benda yang warna putih tu bukan tauhu tau. Ia tak kenyal macam tauhu tapi ia solid pepejal. Rasanya macam kacang tumbuk kat Malaysia.
Aku makan ala kadar je. My favorite kentang goreng. Benda putih sebelah kanan kalu tak silap manisan kot manakala benda hitam kat atas pinggan tak silap aku buah zaitun. Benda sebelah kiri aku tak pasti. Apa yang pasti air teh memang terbaik. Wangi dan hitam pekat macam air kopi. Rasanya kelat tapi bila masuk kiub gula dalam kuantiti yang betul maka terasa la nikmatnya. Kehkehkeh.
Sebelum kami menuju ke Istanbul, kami singgah sebentar di sebuah kedai menjual manisan (Turkish Delight). Kami masih berada di Bursa. Terdapat pelbagai jenis manisan yang dijual di sini. Ada manisan yang siap di paket di dalam kotak. Harganya murah. Ada manisan bentuk macam candy bar yang panjang, dihiris nipis. Aku dapat rasa sikit manisan ni. Harganya mungkin mahal sebab ia manisan exclusive tapi boleh campur dengan manisan lain dalam satu kotak yang sama. Pastinya berbaloi. Kedai bernama Munira ini turut menjual barang2 seperti rempah, sabun, syampu, minyak zaitun, beg tangan, pinggan mangkuk, cawan dan lain2.
Di depan kedai bernama Munira. Mungkin owner pompuan kot. Cantik lukisan mural di dinding.
Pondok kecil di luar halaman kedai. Cantik binaan pondok ni seperti sangkar burung.
Ni kotak2 manisan Turkish Delight yang disusun macam permainan Uno. Kehkehkeh.
Rempah ratus pun turut dijual kat sini.
Ni sabun mandi dalam pelbagai warna. Korang tahu tak perkataan sabun dalam bahasa Turki? Cuba teka... Jawapannya adalah sabun. Kehkehkeh!
Dekorasi pinggan kaca pelbagai motif dan corak.
Mangkuk kaca pun serupa. Hiasan cukup cantik.
Ini pulak koleksi cawan dan gelas kaca berserta teko besi.
Tak silap aku ini adalah minyak zaitun versi exclusive. Nama pun exclusive mesti mahal harganya.
Cantik dan cun poster awek nih. Kehkehkeh. Mungkin nilah owner kedai Munira kot. Aku rasa dia cuma model jelah. Kemain kakak ni bergaya.
Ini pulak koleksi cawan dan gelas kaca berserta teko besi.
Tak silap aku ini adalah minyak zaitun versi exclusive. Nama pun exclusive mesti mahal harganya.
Cantik dan cun poster awek nih. Kehkehkeh. Mungkin nilah owner kedai Munira kot. Aku rasa dia cuma model jelah. Kemain kakak ni bergaya.
Bersambung...
Comments
Post a Comment