Tesekkurler Turkiye 5

Lepas melawat kedai Munira selama 2 jam, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke kota Istanbul. Kami melalui laluan yang sama macam kami mai ke bandar Bursa ni. Seperti mana kami datang, kami pulang pun kena menaiki feri. Cuma, masa kami nak balik, cuaca tak mengizinkan kami melihat panorama di luar. Waktu kami di Bursa, hujan lebat. Setibanya kami di jeti, hujan pun beransur reda. Hujan renyai2. Suhu sudah semestinya bertambah sejuk, lebih kurang 18 darjah Celsius gitu.
Inilah bas yang membawa kami jalan2 kat Bursa dan Istanbul.
Pemandangan sebuah bandar di pinggir sungai/tasik. Entahlah, aku pun tak tau.
Gambar pemandangan kawasan lembah yang diliputi kabus.
Gambar diambil dari atas deck feri. Selamat tinggal, Bursa.

Sampai di kota Istanbul, kami terus menaiki bot, bersiar-siar sekitar kawasan Selat Bosphorus. Aku dapat lihat deretan rumah dan bangunan yang dibina di tebing sungai. Ada bangunan lama dan ada bangunan baru. Bot persiaran yang kami naiki bukanlah bot mewah macam kat Tasik Putrajaya. Sebaliknya, ia bot biasa2 saja. Bot tu ada 2 deck. Deck bawah terdapat barisan meja dan kerusi. Ada kaunter minuman di satu sudut. Deck bawah sesuai untuk lepak2 secara santai sambil pekena kopi atau teh, tengok pemandangan indah kat luar. Deck atas pula bersifat terbuka. Open air gitu. Ada ruang yang lapang serta kerusi kayu yang panjang di sisi kapal. Ruang yang lapang itu terhampar permukaan karpet hijau serta dihiasi dengan lampu kelip2 LED di atas kabel. Deck atas ni sesuai untuk meraikan sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan dan lain2.
Gambar ni aku tangkap dari atas bot cruiser. Nun di sana ada jambatan gantung yang menghubungkan kota Istanbul di timur dan barat. Tak tau plak nama jambatan apa sebab ada 2 jambatan gantung kat sini.




Sebaik saja aku naik ke deck atas, aku terus 'diterjah' oleh kesejukan yang melampau. Kehkehkeh! Ayat tak boleh blah. Serious, sejuk giler masa kat deck atas. Dahlah open air and baru lepas hujan plak. Aku cuma pakai T-shirt lengan panjang tanpa kolar serta baju sejuk dengan bulu kambing yang nipis. Sejuk sampai menusuk ke tulang. Aku rasa suhu mungkin sekitar 16 darjah Celsius kot. Walaupun aku mengigil kesejukan, aku dapat lihat pemandangan yang menarik. Apalagi, aku snap gambar la. Aku tengok rombongan kami, ada selfie sensorang, ada selfie dengan keluarga dan ada selfie hampir keseluruhan anggota rombongan. Aku lebih suka tangkap gambar bangunan di tebing sungai. Ada bangunan moden dan ada bangunan klasik. Tak lupa, 2 jambatan gantung yang menghubungkan Istanbul Timur dan Istanbul Barat. Banyak jugak gambar yang aku tangkap masa ni tapi aku boleh belanja sikit jelah. Kehkehkeh.
Bangunan ni mungkin rumah kelab Galatasaray, salah satu kelab bola sepak terkemuka di Turki. Kelab ni kerap jadi juara dalam liga Turki dan selalu muncul dalam Liga Juara-Juara Eropah. Depa ada beberapa pemain berstatus bintang seperti Eren Derdiyok, Lukas Podolski dan Wesley Sneijder.






Lepas bersiar-siar di atas bot lebih kurang sejam gitu, kami naik semula ke daratan. Seronok jugak naik bot ni tapi jangan sesekali lupa daratan tau. Hehehe. Tapi, kami berlabuh kat tempat lain bukan tempat yang mula2 kami naik bot. Bas kami tiba tepat pada masanya. Destinasi kami seterusnya adalah menuju ke kedai makan. Waktu lunch. Lapaq ni. Hehehe. Sekali, bas yang kami naiki, buat rondaan sekitar kawasan kota Istanbul ni. Satu perkara yang aku tak boleh lupa adalah tinggalan struktur binaan salur air atau 'aqueduct'. Binaan aqueduct ni cukup popular di kota Rom, Itali suatu ketika dahulu. Sapa2 yang belajar subjek Sejarah mesti tau perkara ni. Tapi, aku tak sangka plak ada benda ni kat kota Istanbul. Bila citer soal sejarah, baru aku ingat yang empayar Rom suatu ketika dulu pernah menawan kota Istanbul ni. Itu sebab aqueduct boleh ada kat sini. Sorry geng, aku tak sempat tangkap gambar binaan aqueduct tu tapi bas kami dapat melalui celah2 binaan tersebut.
Monumen ni aku jumpa selepas aku selamat tiba di daratan. Tak tau apa yang ditulisnya. Yelah, sekali tulisan Arab la.
Stadium dalam fasa pembinaan. Stadium baru ni milik kelab bola sepak Besiktas, salah satu kelab popular dan pesaing utama dengan kelab Galatasaray dalam liga Turki. Stadium bernama Vodafone Arena ni dekat dengan selat Bosphorus. Depa pun ada pemain bintang seperti Demba Ba (dah jual ke kelab lain) Gokhan Inler dan Ricardo Quaresma.

Kami tiba di sebuah restoran. Kedai makan yang diberi nama Vefa. Tak taulah apa maksudnya. Apa yang penting adalah makan. Hahaha. Wei! Lapaq gilar ni. Entah apa menu hidangan yang dorang nak bagi kat kami. Eh! Lupa plak nak bagitau yang kami tak membuat atau mengambil pesanan makanan. Sampai je kat restoran, kami duduk dan tunggu hidangan je. Pihak agensi dah atur segalanya. Makanan yang depa hidangkan kepada kami, nampak seperti nasi ayam tapi versi Turki la. Hehehe.


Gambar ni di luar kedai. Cantik dan unik sekali motif corak mural di dinding.
Nilah nasi ayam versi Turki. Nyam-nyam.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)