Tesekkurler Turkiye 6
Lepas menjamu selera makan tengahari kat restoran Vefa, kami menuju ke Masjid Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Masjid Biru. Takdelah nampak biru, cuma kelihatan biru pucat je. Masjid ni boleh dikatakan ikon bagi bandaraya Istanbul sebab ia cukup terkenal di seluruh dunia. Tak lengkap kalau datang melancong ke Istanbul tapi tak mai Masjid Biru yang tersergam indah ni. Rugi tau. Masjid ni cukup besar. Kalau pandang dari jauh, masjid ni umpama sebuah istana. Terdapat 4 menara dan mempunyai kubah2 kecil sekitar bangunan masjid. Depan masjid, ada dataran yang luas dan dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan. Di satu sudut, terdapat beberapa buah kerusi panjang yang diletakkan mengadap ke arah masjid. Sesuai untuk melepak dan bersantai, menikmati keindahan panorama di situ. Pasangan couple pun dok memadu asmara kat situ. Entah dah kawin ke tak. Tapi, takdelah adegan2 kurang sopan kat tempat awam ni. Itu yang aku nampak la. Harap takde la aktiviti xoxo atau french kiss kat si