Tesekkurler Turkiye 6
Lepas menjamu selera makan tengahari kat restoran Vefa, kami menuju ke Masjid Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Masjid Biru. Takdelah nampak biru, cuma kelihatan biru pucat je. Masjid ni boleh dikatakan ikon bagi bandaraya Istanbul sebab ia cukup terkenal di seluruh dunia. Tak lengkap kalau datang melancong ke Istanbul tapi tak mai Masjid Biru yang tersergam indah ni. Rugi tau. Masjid ni cukup besar. Kalau pandang dari jauh, masjid ni umpama sebuah istana. Terdapat 4 menara dan mempunyai kubah2 kecil sekitar bangunan masjid.
Depan masjid, ada dataran yang luas dan dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan. Di satu sudut, terdapat beberapa buah kerusi panjang yang diletakkan mengadap ke arah masjid. Sesuai untuk melepak dan bersantai, menikmati keindahan panorama di situ. Pasangan couple pun dok memadu asmara kat situ. Entah dah kawin ke tak. Tapi, takdelah adegan2 kurang sopan kat tempat awam ni. Itu yang aku nampak la. Harap takde la aktiviti xoxo atau french kiss kat situ. Phew!
Okay, mai kita fokus pada masjid biru plak. Kami ambil wuduk untuk solat sunat Tahiyat Masjid 2 rakaat. Tempat nak ambil air wuduk kat luar perkarangan masjid dan ia kawasan terbuka. Itu bagi lelaki la. Bila sentuh air, aku terus mengigil kesejukan. Giler sejuk air ni macam air ais. Terpaksalah ambil air wuduk jugak walaupun ia sejuk tahap ais sekalipun. Terus kebas kaki dan tangan aku sampai tak rasa apa2. Masa aku nak masuk ke dalam masjid agak sesak sikit sebab pelancong banyak berkumpul di pintu masuk. Saat aku masuk dalam Masjid Biru, aku dapat saksikan keindahan yang sukar untuk aku lafazkan dengan kata2. Ia tersangat cantik dengan lampu chandelier yang begitu besar diletakkan betul2 di tengah ruang solat. Seni bina cukup mengagumkan.
Lepas solat sunat Tahiyat Masjid dan berdoa, apalagi aku keluarkan telepon dan tangkap gambar la. Pelbagai sudut aku snap gambar. Tak lupa, selfie sendiri2. Dah puas tangkap gambar, aku keluar dan tunggu bersama kumpulan rombongan di luar. Selesai melawat Masjid Biru, kami menuju ke satu lagi bangunan ikonik bertentangan dengan Masjid Biru iaitu Hagia Sophia atau Ayasofya dalam bahasa Turki. Hagia Sophia bermaksud Holy Wisdom atau terjemahan dalam bahasa Melayu, Kebijaksanaan yang Suci.
Reka bentuk dan seni bina lebih kurang sama dengan Masjid Biru. Bangunan yang besar, ada kubah di tengah bersama kubah2 kecil di sekelilingnya dan terdapat 4 menara di setiap penjuru. Bangunan berwarna merah tetapi kian luntur akibat dimamah usia. Asalnya, bangunan ini adalah gereja ketika zaman pemerintahan Rom sebelum ditukar fungsinya menjadi masjid ketika zaman pemerintahan Ottoman dan sekarang, ia telah dijadikan sebagai muzium. Nak masuk kena bayar tau. Mujurlah, semuanya telah diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Beratur jugak la bila nak masuk ke muzium ni.
Peh! Memang besar bangunan ni sebaik saja aku melangkah masuk. Pintu utama yang besar dibuat daripada kayu. Terasa macam masuk istana dulu2. Well, muzium ni dalam proses renovation and maintenance. Di dalam ruang yang luas seperti sebuah dewan, aku boleh lihat kalimah2 suci disamping lukisan mural di bahagian altar. Lukisan mural seperti Virgin Mary dan lain2. Lukisan ini tidak dipadam sebaliknya dikekalkan. Ia cuba disesuaikan dengan corak motif Islamik. Selain lukisan kat dinding, turut dipaparkan di sini adalah petikan ayat2 suci Al-Quran melalui seni kaligrafi dalam bingkai kayu. Dah macam melawat galeri kesenian Islam plak.
Bersambung...
Comments
Post a Comment