Tesekkurler Turkiye 8
Selesai melawat butik pakaian dan aksesori, kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan dataran antara Masjid Biru dengan Hagia Sofia. Kami datang sekali lagi ke sini bukan nak masuk ke dalam kedua-dua bangunan tersebut, sebaliknya hajat kami untuk memasuki Topkapi Palace yang terletak di belakang bangunan Hagia Sofia. Berjalan menuju ke sana memakan masa 10 minit. Topkapi Palace ni bukan sekadar istana saja tetapi ia juga seperti sebuah kubu pertahanan. Ada tembok batu yang besar mengelilingi kawasan tersebut. Laluan utama untuk masuk ke dalam kawasan itu adalah melalui pintu gerbang yang besar. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam, aku dapati ia seperti sebuah taman yang luas. Lanskap yang indah dihiasi dengan pokok2 besar serta bunga-bungaan yang ditanam di halaman bangunan. Memang menarik. Tengok lanskap begini, terasa seperti berada di dalam kawasan universiti luar negara. Macam kat Hogwarts gitu. Hehehe. Kami berjalan jauh ke dalam kawasan tersebut. Destina