Tesekkurler Turkiye 8

Selesai melawat butik pakaian dan aksesori, kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan dataran antara Masjid Biru dengan Hagia Sofia. Kami datang sekali lagi ke sini bukan nak masuk ke dalam kedua-dua bangunan tersebut, sebaliknya hajat kami untuk memasuki Topkapi Palace yang terletak di belakang bangunan Hagia Sofia. Berjalan menuju ke sana memakan masa 10 minit. Topkapi Palace ni bukan sekadar istana saja tetapi ia juga seperti sebuah kubu pertahanan. Ada tembok batu yang besar mengelilingi kawasan tersebut. Laluan utama untuk masuk ke dalam kawasan itu adalah melalui pintu gerbang yang besar.





Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam, aku dapati ia seperti sebuah taman yang luas. Lanskap yang indah dihiasi dengan pokok2 besar serta bunga-bungaan yang ditanam di halaman bangunan. Memang menarik. Tengok lanskap begini, terasa seperti berada di dalam kawasan universiti luar negara. Macam kat Hogwarts gitu. Hehehe. Kami berjalan jauh ke dalam kawasan tersebut. Destinasi pertama kami adalah melawat sebuah galeri muzium yang memaparkan artifak bersejarah daripada zaman Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan sahabat baginda. Antara artifak tersebut adalah koleksi pedang nabi dan para sahabat, janggut nabi serta pakaian di zaman itu. Memang banyak artifak yang ditonjolkan kat dalam galeri tu cuma aku tak dapat ingat semuanya.




Menariknya, semasa berada di dalam galeri tu, aku sentiasa mendengar alunan merdu seseorang sedang membaca ayat2 suci Al-Quran. Bergema satu galeri tau. Mulanya, aku ingat ia direkod kat dalam CD, rupanya ada orang baca Al-Quran secara langsung kat situ. Mereka diberi tempat khas di dalam galeri tersebut dan kami boleh melihat mereka dengan jelas. Mereka bergilir-gilir membaca Al Quran, ikut shift la.


Aku kagum melihat keseluruhan artifak bersejarah yang dipamerkan kat galeri tu. Koleksi pedang, semuanya besar2 belaka. Mesti berat nak pegang pedang tu. Tak kurang juga jubah yang menjadi pakaian utama masyarakat Arab. Ada satu jubah yang dipamerkan tapi tak ingat milik siapa, cukup besar. Kalau Big Show pakai, mesti muat. Hahaha. Gurau je. Serious besar jubah tu. Warna pun dah lusuh. Mungkin orang dulu2 berbadan besar dan tinggi kot.

Hampir 30 minit di dalam galeri, aku pun keluar. Memang puas tengok benda2 bersejarah ni apatah lagi ada kaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Sorry geng, aku tak tangkap gambar semasa di dalam galeri. Mungkin terlupa kot atau mungkin dilarang untuk mengambil gambar kot. Ada satu lagi galeri kat situ tapi aku tak masuk. Aku tak ingat apa yang depa tunjuk kat dalam galeri tu. Apa yang penting, aku bebas merayau dalam kawasan istana Topkapi. Aku keluarkan handset Nokia Asha ala2 macam Iphone gitu dan tangkap gambar / rakam video. Banyak jugak aku tangkap but mostly gambar pemandangan saja. Ada satu tempat macam kawasan balkoni di tebing bukit, aku dapat lihat pemandangan selat Bosphorus dan sebahagian kota Istanbul di seberang sana. Fuh! gua cakap sama lu, memang terbaik scene kat situ. Ramai pengunjung yang datang situ, tangkap gambar dan berswafoto gitu. Kehkehkeh. Banyak betul bangunan lama dalam kawasan istana Topkapi. Semuanya tinggalan sejarah. Aku snap gambar banyak2 dan sesekali rakam video pendek.




Masa berlalu begitu cepat sekali. Hampir 2 jam setengah berada di dalam perkarangan istana Topkapi, kami pun beransur keluar. Tapi, kami tak balik hotel lagi. Kami berhenti di sebuah tempat riadah bersebelahan dengan selat Bosphorus, singgah makan tengahari atas bot persiaran. Bot tak bergerak sebab ia ditambat kat tebing. Masa nak masuk dalam bot, aku lihat sorang brader ni tengah panggang ikan kat luar. Mungkin tu salah satu menu hidangan tengahari untuk kami kot. Sebaik saja masuk, aku terlihat meja makan yang memanjang dalam 2 barisan. Kira2 5 minit menunggu, hidangan pun sampai kepada kami. Menu utama adalah nasi organik Turki yang sedikit brown bersama salad campur dan ikan panggang. Ikan sudah dibuang tulang berserta kepala dan ekornya sekali. Isinya putih. Nyam nyam. Peh! Sedap giler. Berselera aku menjamahnya. Rasa nak tambah sepinggan lagi tapi tak boleh sebab depa dah buat cukup2 untuk kami saja. Aku lihat ada sorang pakcik ni nak tambah nasi tapi depa tak bagi sebab depa masak ngam-ngam dengan jumlah rombongan yang datang. Kalau ikutkan hidangan ni memang terbaik yang pernah aku rasa sepanjang aku berada di bumi Turki ni.

Gambar ni sebelum ikan panggang dan nasi organik dihidangkan kepada kami.

Selesai menjamu selera, kami keluar dari bot. Aku lihat ada sekumpulan budak2 tengah main bola kat gelanggang macam futsal. Seronok tengok depa main bola, siap pakai jersi sendiri lagi. Cuaca panas sikit tapi rasa biasa jelah macam kat Malaysia. Lepas ni, kami akan mengunjungi Grand Bazaar plak. Tunggu tau di siri akan datang.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)