Posts

Showing posts from November, 2017

Tesekkurler Turkiye 9

Image
Destinasi kami yang terakhir di Turki sebelum berangkat ke Madinah adalah mengunjungi Grand Bazaar. Ia sangat terkenal dan tempat ini wajib dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Istanbul. Usai makan tengahari di atas bot, kami terus pergi ke Grand Bazaar. Kami melalui laluan yang sama menuju ke Masjid Biru dan Hagia Sofia. Rupanya, tekaan aku tepat. Bas berhenti di dataran antara Masjid Biru dan Hagia Sofia. Pemandu pelancong beritahu Grand Bazaar tidak jauh dari situ. Lebih kurang 500 meter saja. Kami pun berjalan kaki ke sana. Sepanjang perjalanan dipenuhi deretan kedai yang menjual beraneka jenis barangan seperti cenderamata, kafe dan restoran serta lain-lain lagi. Ada juga penjual berkeliaran mencari pelanggan untuk menjual barangan mereka. Penjual di kaki lima ni bukan sahaja memujuk malah ada yang memaksa pelanggan supaya membeli barangan mereka. Suka hati la nak layan atau tak. Barangan yang dijual terdiri daripada topi, kopiah, baju, alat mainan tradisional dan lain-lai