Tesekkurler Turkiye 9
Destinasi kami yang terakhir di Turki sebelum berangkat ke Madinah adalah mengunjungi Grand Bazaar. Ia sangat terkenal dan tempat ini wajib dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Istanbul. Usai makan tengahari di atas bot, kami terus pergi ke Grand Bazaar. Kami melalui laluan yang sama menuju ke Masjid Biru dan Hagia Sofia. Rupanya, tekaan aku tepat. Bas berhenti di dataran antara Masjid Biru dan Hagia Sofia. Pemandu pelancong beritahu Grand Bazaar tidak jauh dari situ. Lebih kurang 500 meter saja. Kami pun berjalan kaki ke sana.
Sepanjang perjalanan dipenuhi deretan kedai yang menjual beraneka jenis barangan seperti cenderamata, kafe dan restoran serta lain-lain lagi. Ada juga penjual berkeliaran mencari pelanggan untuk menjual barangan mereka. Penjual di kaki lima ni bukan sahaja memujuk malah ada yang memaksa pelanggan supaya membeli barangan mereka. Suka hati la nak layan atau tak. Barangan yang dijual terdiri daripada topi, kopiah, baju, alat mainan tradisional dan lain-lain.
Terdapat juga sekumpulan kanak-kanak datang meminta sedekah. Kesian tengok dorang. Hidup kat mana-mana bandar besar seperti Istanbul ni bukan mudah. Banyak cabaran. Populasi penduduk di Istanbul saja hampir 15 juta. Bayangkan, itu belum kira populasi keseluruhan negara Turki. Bandar ini memang padat dengan manusia. Immigrant dari dalam dan luar Turki datang ke Istanbul, mencari rezeki, cari tempat perlindungan dan sebagainya.
Berbalik kepada kunjungan kami ke Grand Bazaar, kami diberitahu bahawa gerai2 atau kedai2 di luar bangunan bazaar menjual barang pada harga lebih murah berbanding di dalam bazaar. Entah betul atau tak, aku tak pasti tapi aku dah jumpa barang yang aku kehendaki iaitu baju t-shirt round neck. Baju kosong yang dicetak seperti I Love Istanbul dan lain-lain. *Love dalam bentuk hati. Aku tak ingat berapa harga untuk sehelai baju tapi aku rasa ia murah je, dalam 10 Lira sehelai. Usah tanya nilai mata wang sebab aku sendiri pun tak tau berapa tapi nilai Lira lebih tinggi sikit daripada Ringgit pada masa tu. Semua baju jenis slim-fit dan cetakannya agak menarik. Aku nak amek 4 helai baju. 1st sudah tentu untuk aku, 2nd ingat nak bagi kat abangku yang sulong, 3rd & 4th sama ada nak bagi kat kawan atau sepupu. Mestilah lelaki, lagipun, aku mana ada girlfriend. Huhuhu. Susah jugak nak buat pilihan sebab corak yang dicetak boleh tahan menarik. So, aku sambar baju I Love Istanbul warna hitam serta baju merah dan biru yang di cetak dengan pemandangan kota Istanbul. Aku beli sebagai tanda kenangan berada di kota Istanbul dan cenderahati bila pulang ke Malaysia.
Sebelum itu, kami nak masuk dalam Grand Bazaar dulu. Tapi, aku masuk sekejap, saja nak tengok suasana dalam bazaar. Biasa-biasa saja dalam bazaar. Lebih kurang 10 minit, aku pun keluar. Aku pergi ke sebuah masjid bersebelahan dengan bazaar untuk menunaikan solat fardu. Hendak masuk tandas pun kena beratur. Macam biasa masuk tandas kena bayar. Usai solat, aku berehat sekejap dalam masjid, menikmati keindahan seni bina serta corak ukiran pada dinding masjid. Seperti kebanyakan masjid di Turki, masjid ini juga mempunyai lampu chandelier yang menerangi ruang solat. Keluar dari perkarangan masjid, aku singgah di sebuah kafe, tak jauh dari bazaar dan masjid. Aku pesan roti tortilla bersama air teh. Roti sedap. Seperti biasa, air teh Turki langsung tak mengecewakan aku. Aromanya wangi, memang menyegarkan. Lepas makan, baru aku pergi beli baju t-shirt yang telah aku terangkan kat perenggan atas.
Usai membeli baju, aku pun tunggu geng rombongan yang sedang membeli belah dalam bazaar. Sementara menunggu mereka, aku pergi ke sebuah kedai jual aiskrim, tak jauh dari situ. Nak merasa aiskrim Turki. Aku lihat gelagat si penjual aiskrim sedang 'bermain-main' dengan pelanggan melalui aiskrim yang pejal dan tak mudah cair dengan cepat. Sungguh, aiskrimnya tak tumpah. Telatah si penjual aiskrim tu memang mencuit hati. Sabar jelah. Hahaha. Lupa pulak aku nak rakam video gelagat dia buat aksi depan pelanggan. Tapi, aku sempat tangkap gambar dia.
Bersambung...
Terdapat juga sekumpulan kanak-kanak datang meminta sedekah. Kesian tengok dorang. Hidup kat mana-mana bandar besar seperti Istanbul ni bukan mudah. Banyak cabaran. Populasi penduduk di Istanbul saja hampir 15 juta. Bayangkan, itu belum kira populasi keseluruhan negara Turki. Bandar ini memang padat dengan manusia. Immigrant dari dalam dan luar Turki datang ke Istanbul, mencari rezeki, cari tempat perlindungan dan sebagainya.
Berbalik kepada kunjungan kami ke Grand Bazaar, kami diberitahu bahawa gerai2 atau kedai2 di luar bangunan bazaar menjual barang pada harga lebih murah berbanding di dalam bazaar. Entah betul atau tak, aku tak pasti tapi aku dah jumpa barang yang aku kehendaki iaitu baju t-shirt round neck. Baju kosong yang dicetak seperti I Love Istanbul dan lain-lain. *Love dalam bentuk hati. Aku tak ingat berapa harga untuk sehelai baju tapi aku rasa ia murah je, dalam 10 Lira sehelai. Usah tanya nilai mata wang sebab aku sendiri pun tak tau berapa tapi nilai Lira lebih tinggi sikit daripada Ringgit pada masa tu. Semua baju jenis slim-fit dan cetakannya agak menarik. Aku nak amek 4 helai baju. 1st sudah tentu untuk aku, 2nd ingat nak bagi kat abangku yang sulong, 3rd & 4th sama ada nak bagi kat kawan atau sepupu. Mestilah lelaki, lagipun, aku mana ada girlfriend. Huhuhu. Susah jugak nak buat pilihan sebab corak yang dicetak boleh tahan menarik. So, aku sambar baju I Love Istanbul warna hitam serta baju merah dan biru yang di cetak dengan pemandangan kota Istanbul. Aku beli sebagai tanda kenangan berada di kota Istanbul dan cenderahati bila pulang ke Malaysia.
Ni 4 helai baju yang berjaya aku sambar.
Pemandangan di salah satu lorong bersebelahan bangunan Grand Bazaar.
Salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar.
Suasana di dalam Grand Bazaar.
Ruang solat dalam masjid.
Ni roti Tortilla atau kebab yang aku pesan.
Air teh yang menjadi pujaan hatiku. Hahaha...
Ni abang yang jual aiskrim tak tumpah tu.
Bersambung...
Comments
Post a Comment