HarIni : Pengalaman Mengundi Kali Pertama
Sebulan berlalu, aku buat pertama kalinya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14. Lewat malam itu juga negara mencipta sejarah baru dimana berlaku peralihan kuasa pemerintahan yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun. Entri ini tiada kaitan dengan hal2 politik sebab aku tak pandai berbicara seni politik kecuali jika aku ada pandangan sendiri terhadap pemimpin tertentu. Aku nak cerita pasal pengalaman pertama kali mengundi. Itu saja. Sebenarnya, aku dah layak untuk mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 kerana umurku sudah 21 tahun ke atas - antara syarat nak jadi pengundi namun masa itu, aku belum mendaftar diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peringatan buat anak2 muda yang dah masuk 21 tahun, pergilah daftar. Tunaikan tanggungjawab kepada negara. Masa depan negara di tangan anda. Gitu. Hahaha. Daftar diri kira-kira 6 bulan sebelum pilihan raya be