HarIni : Pengalaman Mengundi Kali Pertama
Sebulan berlalu, aku buat pertama kalinya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14. Lewat malam itu juga negara mencipta sejarah baru dimana berlaku peralihan kuasa pemerintahan yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun. Entri ini tiada kaitan dengan hal2 politik sebab aku tak pandai berbicara seni politik kecuali jika aku ada pandangan sendiri terhadap pemimpin tertentu. Aku nak cerita pasal pengalaman pertama kali mengundi. Itu saja. Sebenarnya, aku dah layak untuk mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 kerana umurku sudah 21 tahun ke atas - antara syarat nak jadi pengundi namun masa itu, aku belum mendaftar diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peringatan buat anak2 muda yang dah masuk 21 tahun, pergilah daftar. Tunaikan tanggungjawab kepada negara. Masa depan negara di tangan anda. Gitu. Hahaha. Daftar diri kira-kira 6 bulan sebelum pilihan raya bermula sebab ia memudahkan pihak SPR memasukkan maklumat pengundi baru dan lain2 perkara. Kalau tak, kempunan nak mengundi. Kena tunggu pilihan raya umum yang akan datang plak.
Hari rabu, 9 Mei 2018, hampir 14 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi menunaikan kewajipan untuk memilih kerajaan iaitu di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada tahun 2016. Nak tau mengundi kat sekolah mana, menjadi topik penting buat si pengundi macam aku. Sekarang ni mudah, guna teknologi terkini. Semua di hujung jari. Taip carian SPR kat Google, klik laman rasmi SPR. Hanya masukkan nombor kad pengenalan saja dah boleh tau tempat mengundi, saluran mengundi, serta nombor angka giliran. Aku mengundi di sekolah menengah, tempat aku belajar dulu dari tingkatan 1 hingga 5. Hanya 300 meter dari rumah. Dulu, aku pergi sekolah jalan kaki. Aku dapat saluran 4. Saluran ini kebanyakan pengundi muda dan baru pertama kali mengundi seperti aku.
Aku tengok berita kat tv, melihat di beberapa kawasan, awal2 lagi, orang ramai dah mula beratur di luar sekolah, bersemangat nak mengundi walaupun masa pengundian bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Mak dan ayah aku keluar mengundi sekitar pukul 9 pagi. Abangku mengundi sekitar pukul 9:30 pagi di sekolah yang sama tempat aku mengundi. Aku keluar mengundi pukul 10:30 pagi. Sampai kat perkarangan luar sekolah, aku boleh lihat sedikit kesesakan lalu lintas kat situ. Di kiri dan kanan jalan dipenuhi kereta. Tiga buah khemah milik parti yang bertanding turut didirikan kat situ. Suasana agak terkawal, takde kekecohan berlaku. Aku terus masuk ke kawasan sekolah dan mendaftar masuk untuk mengundi. Aku lihat orang ramai sudah beratur panjang. Kebanyakan mereka pengundi dewasa dan sesetengah warga emas. Mungkin itu saluran 1 atau 2 kot.
Selesai daftar, aku pun mula beratur di saluran 4. Semua saluran iaitu 1 hingga 4 dilakukan di tingkat bawah dan mereka yang beratur dapat berteduh dibawah garaj parkir kereta dan laluan kaki lima bangunan sekolah. Masa itu memang dah panas. Cuaca cerah tapi boleh terasa bahangnya. Peluh merecik hawau. Hahaha. Jadi, pilihan pemakaian ketika pergi mengundi juga penting. Aku pakai baju T yang nipis, longgar dan berwarna gelap dipadankan dengan seluar panjang khaki. Aku juga pakai topi. Apa yang penting, jangan pakai pakaian yang ada lambang parti tertentu ketika datang mengundi. Itu syaratnya. Pemilihan pakaian khususnya baju amat penting. Cari baju yang longgar jangan ketat atau slim-fit, fabrik nipis dan pilih warna gelap seperti biru dan hitam. Pakai jersi bola pun boleh. Terpulanglah nak pakai apa, aku cuma bagi saranan.
Aku menunggu penuh sabar ketika beratur panjang di saluran 4. Kalau ada yang dok tengah main telefon, perkara biasalah. Itu terjadi kat mana2 tempat dan situasi. Makin dekat menghampiri bilik mengundi, aku dapat saksikan bagaimana prosedur yang perlu dipatuhi ketika ingin membuang undi. Aku lihat ada sorang pengundi perempuan membawa keluar pen yang dikhaskan untuk memangkah calon pilihan. Dia mungkin terlupa kot dan secara tak sengaja membawa keluar pen tersebut. Tapi, aku lihat dia selamba rock aje, macam takda apa2 berlaku. Hahaha. Macam2. Hampir sejam setengah menunggu, akhirnya tiba giliran aku membuang undi.
Mula2, masuk bilik dan mengadap 3 petugas SPR. Bagi Mykad kat petugas pertama. Dia akan periksa nama dalam buku senarai pengundi. Dia akan sebut nama serta nombor Mykad dengan lantang. Ia mengesahkan diri kita sebagai pengundi. Lepas itu, dia potong nama dalam senarai guna pembaris. Pada masa yang sama, petugas kedua celup jari telunjuk kiri aku dalam bekas dakwat manakala petugas ketiga bagi dua kertas undi iaitu undian peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) dan undian peringkat parlimen. Tiga parti utama bertanding merebut kerusi di kedua-dua peringkat iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Pas dan masing2 sorang calon bebas di peringkat DUN dan parlimen. Ada agen daripada parti yang bertanding ditempatkan dalam saluran bilik mengundi.
Dapat kertas undi, terus pergi ke kotak kubikel dan pangkah X dalam ruang kosong yang disediakan menggunakan pen. Pangkah X hanya satu sahaja. Kalau pangkah semua, undi rosak jawabnya. Hahaha. Terpulang kepada pengundi memilih calon yang mana disukainya. Lagipun, undi itu kan rahsia. Banyak sebab yang boleh mempengaruhi pengundi membuat pilihan semasa mengundi sama ada pilih calon atau parti atau sebab2 lain. Selesai memangkah calon pilihan, lipat kertas undi, jangan bagi nampak undi plak. Masuk kertas undi dalam kotak lutsinar yang disediakan. Ada 2 kotak, DUN dan parlimen. Ah, senang saja, ikut warna kertas undi sebab kedua-duanya berbeza warna. Akhirnya, selesai mengundi...
Dakwat kat jari telunjuk kiri memang kekal tapi lama-kelamaan ia akan mengelupas sendiri terutama ketika terkena air. Aku dengar macam2 petua nak hilangkan dakwat tapi kebanyakan tak berkesan. Ada yang boleh hilang sikit tetapi tidak sepenuhnya. Dakwat kat jari aku hilang dalam tempoh 5 hari saja. Bila nampak dakwat mengelupas, aku terus cabut. Tapi, dakwat kat kuku memang sukar nak tanggal. Ia memerlukan lebih masa sikit. Apapun, ia akan tetap hilang jua nanti.
Pengalaman mengundi kali pertama agak menyeronokkan disebabkan keterujaan untuk mengundi, memilih pemimpin. Pengalaman yang takkan dilupakan. Masa berlalu amat pantas dan sekarang dah di penghujung Ramadhan. Apapun, Selamat Hari Raya.

Comments
Post a Comment