HarIni : Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah (Bahasa Melayu)

Doa Akhir Tahun

"Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabatnya"

"Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak meredhai dan tidak melupakan perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Mu ya Allah, maka ampunilah aku dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Mu ya Allah" 

"Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji-puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Sesiapa membaca doa ini dikatakan dapat diampunkan dosanya setahun dan bagi syaitan pula segala pekerjaannya menggoda anak-anak Adam pada tahun ini adalah suatu usaha yang sia-sia belaka.

Doa Awal Tahun

"Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda serta para sahabatnya"

"Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Mu ya Allah perlindungan daripada syaitan yang direjam dan tentera-tenteranya serta aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada Mu ya Allah"

"Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda serta para sahabatnya. Segala puji-puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

Doa ini dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)