dr.pd. : Imagine Dragons - It's Time
Kalau sebelum ini, saya membuat ulasan mengenai muzik video lagu ini versi stomp, kali ini saya akan mengulas lagu ini dalam versi asli atau rakaman studio. Berbeza daripada versi stomp, lagu It's Time versi asli daripada Imagine Dragons kerana pada awal lagu ini dimainkan, kedengaran ketukan dram yang mengikut irama lagu ini tidak seperti versi stomp, yang lebih menggunakan anggota fizikal seperti tangan dan kaki untuk menghasilkan bunyi menggantikan dram. Tetapi, petikan gitar mandolin tidak akan diketepikan untuk lagu ini disamping penggunaan piano di bahagian chorus. Mengenai klip video lagu ini pula, saya tidak begitu memahami konsep atau kaitan lagu ini dengan klip video yang dihasilkan. Bermula dengan perjalanan 4 sekawan (semua ahli kumpulan Imagine Dragons) di kawasan tandus dan diliputi awan hitam. Mereka menemui sebuah kotak dan membukanya, lalu menjumpai sebuah benda bulat bersinar kebiruan. Mereka mengorek tanah dan menanam benda berkenaan. Babak-babak akhir klip video ini menyaksikan vokalis kumpulan ini, Dan Reynolds terapung di udara sambil kedua belah tangan dan kakinya terjuntai ke bawah. Secara keseluruhannya, saya menyukai kedua-dua versi lagu ini sama ada versi asli atau versi stomp. Kalau klip video, saya lebih menyukai versi stomp yang agak santai dan tenang.
Comments
Post a Comment