dr.pd. : Bastille - Pompeii

Pompeii, adalah suatu tamadun atau sebuah masyarakat masa dahulu yang menurut sejarah kaya dari segi teknologi dan lain-lain lagi. Masyarakat yang dikatakan tinggal berhampiran dengan sebuah gunung berapi di Itali ini mengalami masalah sosial yang sangat teruk dengan perhubungan sesama kaum sejenis. Akhirnya, masyarakat ini lebur menjadi abu setelah gunung berapi berkenaan meletus dan menimpa mereka. Kaitan antara ketamadunan masyarakat Pompeii dengan lagu ini adalah menerusi liriknya, khususnya isu masalah sosial dan perhubungan sesama kaum sejenis yang turut berlaku pada masa kini. Lirik lagu ini mungkin ada memberi iktibar atau pengajaran yang berguna kepada masyarakat masa kini terutamanya dalam isu ini. Klip videonya memaparkan vokalis kumpulan Bastille, Dan Smith merayau-rayau sekitar bandar. Apabila dia bertemu dengan seseorang, Dan melihat mata orang berkenaan bertukar warna menjadi hitam pekat seperti orang yang dirasuki sesuatu yang jahat. Klip video ini mungkin sekali diilhamkan daripada drama tv Amerika, iaitu Supernatural yang dilakonkan oleh pasangan adik-beradik menjelajah seluruh Amerika memburu hantu. Di babak akhir klip video ini, mata Dan pun bertukar warna menjadi hitam pekat. Keseluruhannya, jalan cerita video ini boleh dikatakan agak selari dengan lagu serta liriknya sekali dan idea mata bertukar warna gelap nampak agak rasional dengan masalah sosial yang dihadapi dalam kalangan masyarakat hari ini. 

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)