Posts

Showing posts from June, 2013

Harlni : Petikan Daripada Pemimpin Khulafa' Al-Rasyidin

" Jika aku berlaku adil dalam urusanku, sokonglah aku. Akan tetapi jika aku bersalah, betulkanlah aku kembali. Kejujuran ialah amanah, kedustaan pula suatu khianat. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah SWT dan rasul-NYA. Akan tetapi kalau aku melanggar perintah-NYA, jangan ikut aku lagi. " Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq Pidato Khalifah Abu Bakar semasa perlantikan jawatan Khalifah kepadanya. Sumber : Tarikh Al-Tabari " Ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. Maka, janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia. Contohilah mereka yang terdahulu daripada kamu. " Khalifah Uthman Bin Affan Ucapan Saidina Uthman Bin Affan selepas dilantik menjadi khalifah. Sumber : Al-Tabari Kredit : Masteri Memori Melalui Peta Minda Sejarah SPM, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. 

dr.pd. : Bootstraps - 45

Image
Saya menonton sebuah filem Amerika yang bertajuk Take Me Home yang disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan. Sebuah cerita yang menarik untuk ditonton. Lebih menarik watak utama filem ini dilakonkan oleh pasangan suami isteri sebenar. Di penghujung cerita ini, saya terdengar satu alunan melodi yang sedap untuk didengar. Itulah lagu Forty-Five dendangan kumpulan Bootstraps . Menerusi filem inilah saya mengenali lagu 45 dan kumpulan Bootstraps . Hampir keseluruhan runut bunyi filem ini dihasilkan oleh kumpulan Bootstraps dan   kebanyakan boleh 'layan' lagunya. Cuma nama kumpulan ini tidak begitu menonjol seperti kumpulan Mumford & Sons dan lain-lain yang sealiran dengan mereka walaupun mereka berbakat. Melodinya akustik di tambah pula dengan alunan synthesizer membangkitkan suasana mendamaikan seperti anda menonton klip video rasmi lagu ini di atas. Anda akan melihat beberapa pemandangan yang amat cantik dalam video ini. Gabungan antara muzik dengan klip v

FaNation & FontStyle : North_America_&_CaribbeaNation 4

Image
Font : Naughts Muat Turun :  http://www.1001freefonts.com/nfonts.php

dr.pd. : Bastille - Flaws

Image
Setiap insan pasti akan melakukan kesilapan. Itulah antara intipati maksud yang saya perolehi menerusi lirik lagu ini. Ada beberapa petikan lirik daripada lagu ini menonjolkan perkara tersebut dan menerapkan sedikit unsur kerohanian, sebagai contoh pada bahagian pre- chorus yang lebih kurang berbunyi begini : There a hole in my soul, I can't fill it, I can't fill it. There a hole in my soul, can you fill it, can you fill it. Melodi yang mereka persembahkan menerusi video di atas agak santai dan akustik. Seorang bermain gitar dan selebihnya termasuk vokalisnya memetik jari, tepuk tangan dan paha, hentak kaki dan sebagainya lagi memandangkan mereka beraksi di dalam sebuah bangsal. Kalau anda mendengar lagu ini versi asli atau original,  ia amat berbeza. Iramanya seperti muzik elektronik alternatif. Apapun, persembahan mereka menerusi klip video ini amat baik terutamanya rentak yang mereka mainkan agak sekata. budi bicara adalah dinasihatkan      

FaNation & FontStyle : North_America_&_CaribbeaNation 3

Image
Font : Melted Moments Muat Turun :  http://www.1001freefonts.com/mfonts3.php

dr.pd. : Bastille - Overjoyed (Acapella)

Image
Lagu 'terlalu gembira atau terlalu seronok' daripada kumpulan Bastille ini mempunyai pengertian yang tersendiri dari segi maksud liriknya. Dengar suara vokalis, Dan Smith yang bergema itu diiringi dengan vokal sokongan dari tiga ahlinya memang cukup menarik untuk kita hayati lagu ini. Lebih-lebih lagi, saya tertarik dengan keadaan panorama sekitar kawasan taman yang dikenali sebagai Copped Hall yang cukup cantik. Paduan suara Dan bersama rakan-rakannya berdiri di atas hamparan batu menerusi lagu ini memang kena dengan tempat mereka membuat persembahan secara acapella. * saya macam tidak percaya suara Dan Smith dalam video ini sebab suara dia bergema atau echo memandangkan dia menyanyi di kawasan terbuka. budi bicara adalah dinasihatkan  

FaNation & FontStyle : North_America_&_CaribbeaNation 2

Image
Font : Lame Brain Muat Turun :  http://www.1001freefonts.com/lfonts.php

dr.pd. : Passion Pit - To Kingdom Come

Image
Mula-mula lagu ini dimainkan kedengaran seperti lagu The Reason daripada kumpulan rock , Hoobastank tetapi selepas beberapa saat kemudian terdengar pula alunan synthesizer yang mendayu-dayu merubah struktur atau keadaan melodi lagu yang asalnya kedengaran seperti lagu The Reason tetapi sebenarnya ini adalah lagu daripada kumpulan Passion Pit yang berjudul To Kingdom Come . Lagu ini yang berada di trak 8 dalam album sulung mereka berjudul Manners sekitar tahun 2009, sarat dengan unsur-unsur ketuhanan atau kerohanian dalam diri. Ini terbukti dalam liriknya. Saya lihat ada beberapa komentar untuk klip video ini di YouTube menyatakan sebaliknya. Apapun, saya berfikir secara lebih terbuka dan positif mengenai lagu ini, akan tetapi, perlu berhati-hati dengan lagu-lagu sebegini supaya tidak menyimpang akidah. Cuba dengar dan lihat lirik sesuatu lagu itu walaupun mempunyai irama dan melodi yang mantap.    Berbalik kepada lagu ini, klip videonya agak menarik kerana ada beberapa baba

FaNation & FontStyle : North_America_&_CaribbeaNation

Image
Font : Kentucky Fried Chicken (KFC) Font Muat Turun :  http://www.1001freefonts.com/kfonts2.php

dr.pd. : Passion Pit - Moth Wing

Image
Lagu Moth Wing ini merupakan antara dua lagu yang diambil daripada album pertama mereka berjudul Manners pada tahun 2009 untuk persembahan secara langsung di radio KEXP di Seattle ini. Lagu kedua daripada album pertama, Manners berjudul Sleepyhead , sebuah lagu experiment yang segar tetapi mereka mempersembahkan lagu tersebut secara santai sahaja. Berbalik kepada lagu Moth Wing versi live ini cukup menghiburkan terutama sekali alunan piano yang bergema membangkitkan suasana sesiapa yang mendengarnya. Masih mengekalkan mesej tersirat dalam liriknya, lagu ini juga dijadikan sebagai runut bunyi bagi permainan video bola sepak, FIFA 10 tetapi dalam versi yang asli. Tidak kira sama ada versi asli atau persembahan secara langsung, saya menyukai lagu tersebut. budi bicara adalah dinasihatkan 

FaNation & FontStyle : AfricaNation 10

Image
Font : Jeopardize Muat Turun :  http://www.1001freefonts.com/jfonts4.php

dr.pd. : Philip Philip - Home

Image
Lagu Home daripada juara American Idol musim ke-11, Phillip Phillips ini merupakan salah satu lagu terbaik bagi saya dalam genre country . Melodi yang rancak serta suara beliau yang serak-serak basah sedikit itu memang mantap sekali. Ditambah pula dengan bunyi daripada peralatan muzik percussion yang sesuai dengan lagu berkenaan. Liriknya bagi saya lebih kepada tema percintaan. Mengenai klip videonya, lebih kepada penjelajahan Phillip dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan kenderaan caravan . Video ini juga memaparkan pemandangan sekeliling dan beliau juga sempat singgah di beberapa tempat seperti di kedai menjual peralatan muzik. budi bicara adalah dinasihatkan