dr.pd. : Bastille - Flaws

Setiap insan pasti akan melakukan kesilapan. Itulah antara intipati maksud yang saya perolehi menerusi lirik lagu ini. Ada beberapa petikan lirik daripada lagu ini menonjolkan perkara tersebut dan menerapkan sedikit unsur kerohanian, sebagai contoh pada bahagian pre-chorus yang lebih kurang berbunyi begini :

There a hole in my soul, I can't fill it, I can't fill it.
There a hole in my soul, can you fill it, can you fill it.

Melodi yang mereka persembahkan menerusi video di atas agak santai dan akustik. Seorang bermain gitar dan selebihnya termasuk vokalisnya memetik jari, tepuk tangan dan paha, hentak kaki dan sebagainya lagi memandangkan mereka beraksi di dalam sebuah bangsal. Kalau anda mendengar lagu ini versi asli atau original, ia amat berbeza. Iramanya seperti muzik elektronik alternatif. Apapun, persembahan mereka menerusi klip video ini amat baik terutamanya rentak yang mereka mainkan agak sekata.

budi bicara adalah dinasihatkan      

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)