dr.pd. : Passion Pit - To Kingdom Come

Mula-mula lagu ini dimainkan kedengaran seperti lagu The Reason daripada kumpulan rock, Hoobastank tetapi selepas beberapa saat kemudian terdengar pula alunan synthesizer yang mendayu-dayu merubah struktur atau keadaan melodi lagu yang asalnya kedengaran seperti lagu The Reason tetapi sebenarnya ini adalah lagu daripada kumpulan Passion Pit yang berjudul To Kingdom Come. Lagu ini yang berada di trak 8 dalam album sulung mereka berjudul Manners sekitar tahun 2009, sarat dengan unsur-unsur ketuhanan atau kerohanian dalam diri. Ini terbukti dalam liriknya. Saya lihat ada beberapa komentar untuk klip video ini di YouTube menyatakan sebaliknya. Apapun, saya berfikir secara lebih terbuka dan positif mengenai lagu ini, akan tetapi, perlu berhati-hati dengan lagu-lagu sebegini supaya tidak menyimpang akidah. Cuba dengar dan lihat lirik sesuatu lagu itu walaupun mempunyai irama dan melodi yang mantap.
   Berbalik kepada lagu ini, klip videonya agak menarik kerana ada beberapa babak kesemua ahlinya berlakon sebagai seorang saintis atau ahli astronomi yang mengkaji alam semesta. Tuntasnya, lagu ini  sangat ringkas melodinya dan sarat dengan maksud tertentu walaupun tidak sebaik sebuah lagi lagu dari album yang sama iaitu Little Secret.

*Ayad Al Adhamy, bekas ahli Passion Pit masih kelihatan dalam klip video ini dan klip video lagu Little Secret. Satu-satunya ahli berbangsa Arab dalam kumpulan tersebut yang rata-ratanya mat salleh sebelum digantikan tempatnya kepada Xander Singh. Suka tengok dia main sampler.

budi bicara adalah dinasihatkan  

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)