I don't know who's draw these thing on my sketch book but I'm possibly suspect my brother who's done it. Quite good sketch even though it just a rough draw.
Disebabkan muzik video kumpulan indie tempatan ini selalu dimainkan di Astro Hitz saluran 705 , tercetusnya idea untuk saya memberi pandangan mengenai kumpulan ini. Saya tidak mengetahui maksud Fumikna itu sendiri malah tidak tahu serta mengkaji bait-bait lirik lagu tersebut secara lebih mendalam. Maknanya mungkin tersirat berdasarkan gaya vokal yang bersahaja dan ada kalanya nada sedikit marah. Kemungkinan besar liriknya berkaitan dengan kehidupan sosial dan keadaan sekeliling yang sentiasa berubah. Satu gabungan muzik yang mantap antara alternatif rock dan ska . Muzik videonya pula cukup ringkas dengan tema berwarna hitam. budi bicara adalah dinasihatkan
Lagu yang santai dan tenang dengan petikan piano yang mendamaikan. Menceritakan tentang kisah Rasulullah SAW dengan gambaran yang cukup ringkas dan menarik. Rakaman mungkin dibuat di kawasan riadah di dalam hutan. Malah, diselitkan beberapa gambar barang kepunyaan Rasulullah SAW seperti capal atau selipar nabi, turban yang pernah digunakan oleh nabi dan lain-lain di dalam video ini. Selain itu, imej masjid antaranya Masjidil Haram dan Hajarul Aswad di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin turut diselitkan bersama di dalam video ini. *Juril Jumali merupakan vokalis bagi kumpulan Duta, yang pernah menghasilkan lagu-lagu runut bunyi bagi drama dan filem Dunia Baru suatu ketika dahulu. budi bicara adalah dinasihatkan
Novel Jiwa Kacau daripada penulis Zati Hanani dan diterbitkan oleh Lejen Press. Aku beli buku ni kat Kedai Buku 1Malaysia di UTC Alor Setar. Aku tak sangka, aku beli novel ni amat murah di Kedai Buku 1Malaysia berbanding MPH. Ia berharga RM 17 berbanding harga biasa iaitu RM 20. Mungkin depa bagi diskaun kot. Tapi, aku dapat jimat 3 Ringgit. Novel ni dah lama berada di pasaran. Tapi, aku beli novel ni masa ia masih 'fresh' lagi iaitu cetakan pertama, Januari 2015. Novel kedua yang berjaya aku habiskan membacanya selepas novel Bau Semangat Anak Muda. Aku tertarik nak beli dan baca novel ni disebabkan kisah 4 individu yang ingin menubuhkan sebuah band muzik. Lagipun, aku memang pencinta muzik terutamanya indie group band. Novel ini ditulis oleh penulis perempuan iaitu Zati Hanani. Jadi, aku nak tau macamana dia menceritakan kisah sebuah band itu bermula dan berkembang dari kacamata seorang perempuan. Khabarnya, novel Jiwa Kacau ni adalah novel pertama beliau yang berjaya diter...
Comments
Post a Comment