HarIni : Selamat Hari Merdeka
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Tanah tumpah darahku. Walaupun ada masalah di sana sini namun bersyukur kepada Allah SWT kerana limpah kurnia dari-Nya Malaysia masih aman, makmur dan sejahtera. Alhamdulillah...
Koleksi badges logo Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur, maskot utama kejohanan tersebut iaitu tupai, logo jenama pakaian, Antioni serta 10 negara Asia Tenggara yang terbabit dalam kejohanan itu. 10 negara tersebut termasuk tuan rumah Malaysia, barisan kedua dari kiri iaitu Singapura, Laos, Thailand, Vietnam, barisan bawah dari kiri iaitu Filipina, Myanmar, Brunei, Kemboja, dan Indonesia. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia muncul juara keseluruhan.
Saya tidak pasti bagaimana boleh dapat koleksi ini tetapi berkemungkinan besar ada membeli pakaian berjenama Antioni pada waktu tersebut sebagai promosi untuk menyemarakkan kejohanan berkenaan. Sudah 12 tahun lamanya kita menjuarai edisi tersebut. Tidak lama lagi Sukan Sea kembali dan kali ini diadakan di Myanmar. Saya berharap kontinjen Malaysia dapat melakukan yang terbaik untuk edisi kali ini dan memperoleh pungutan pingat yang banyak untuk kedudukan keseluruhan, In sya Allah. Timor Leste menjadi negara yang ke 11 mengikuti edisi Sukan Sea ini. Majulah sukan untuk negara.
budi bicara adalah dinasihatkan
Comments
Post a Comment