HarIni : Sixth Odds

Nabi Muhammad SAW bersabda "6 perkara ganjil pada 6 tempat/situasi"

Berikut adalah huraian penuh 6 perkara ganjil pada 6 situasi yang berbeza :

*Masjid disifatkan ganjil jika dibina di suatu komuniti masyarakat yang tidak melaksanakan solat di dalamnya. Keadaan masjid akan menjadi sunyi sepi tanpa ada sebarang aktiviti ibadat oleh kariahnya.

*Mashaf Al-Quran di anggap asing jika tidak dibaca. Sudah menjadi kebiasaan apabila mashaf di simpan rapi di dalam kabinet tanpa dibaca malah hanya sekadar perhiasan di dalam rumah.

*Ajaran Al-Quran terasing bagi orang fasik kerana mereka tidak mengamalkan isi kandungannya. Sekarang, orang bukan Islam semakin ramai mempelajari dan mengkaji Al-Quran tetapi bukan mahu mendapat petunjuk daripada Allah SWT sebaliknya ingin mencari kelemahan dan menghancurkan umat Islam.

*Wanita Muslimah yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta rajin melakukan amal soleh disifatkan ganjil jika mempunyai suami yang zalim, buruk perangai dan cenderung kepada kebatilan.

*Lelaki Muslim yang soleh diibaratkan sebagai ganjil jika mempunyai isteri yang rendah budi pekerti, hina perangai dan keturunannya.

*Golongan ulama terasing sekiranya orang sekeliling ataupun masyarakat tidak mahu menerima nasihatnya. Teguran ulama tidak diendahkan malah akan diperlekehkan.

Sedikit santapan rohani petikan daripada akhbar Harian Metro bertarikh 23 November 2013 (Sabtu) dalam ruangan Addin.

>peringatan untuk diri sendiri serta Muslim dan Muslimat sekalian.

budi bicara adalah dinasihatkan

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)