HarIni : Tarikan Si Pemetik Gitar Kepada Wanita

Baru-baru ni, saya terbaca satu artikel menarik yang bertajuk "5 Tarikan Si Pemetik Gitar" dalam ruangan kolumnis Gen.Y oleh penulis Shuhada Mansor di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 18 November 2013. Berikut adalah petikan-petikan penting daripada artikel berkenaan. {ada perubahan ayat sikit}

5 daripada 10 lelaki biasanya pandai main apa jua alat muzik khususnya gitar. Wanita pula mudah tertarik dengan lelaki yang pandai bermain gitar. Ada wanita di luar sana menyatakan hati keras mereka mudah cair jika dipujuk dengan bunyian gitar. Betulkah? Sebabnya :

#1 Nampak_Lebih_Manis/'sweet'
*Lelaki yang pandai main gitar kebanyakannya berjiwa sentimental. Mereka agak sensitif dengan perasaan wanita. Jika wanita merajuk, mereka ada cara tersendiri untuk memujuk. Bunyi petikan seperti 'soft tunes' sangat menyentuh hati dan 'sweet' sangat bagi wanita*
<Bagi pasangan suami isteri, jika isteri merajuk mungkin disebabkan oleh kesalahan si suami di tambah keupayaan si suami yang pandai main gitar, boleh goreng lagu Maafkan Aku dari 'Last Minute', mesti cair punya...hehehe>

#2 Seorang_Yang_Tenang/'cool'
*Biasanya lelaki yang main gitar ini seorang yang penyabar. Mereka jarang marah sangat. Bermain gitar ibarat melepaskan tekanan dan luahan perasaan. Lagu-lagu yang dimainkan mengikut 'mood' mereka. Mereka mudah dibawa berbincang dan menjadikan wanita sebagai tempat meluahkan perasaan*
<Teringat pulak lagu Rilek Brader dendangan 'Art' Fazil & Imuda>

#3 Berjiwa_Romantik
*Bayangkan anda (wanita) sedang menikmati makan malam, seorang lelaki (mungkin suami, x harap pula teman lelaki ya) mendedikasi sebuah lagu dengan alunan gitar kepada anda. Wah! Pasti bahagia bukan? (mungkin) Anda bukan saja tersenyum setiap hari bahkan termimpi hingga tidak tidur malam (Amboi ni sudah lebih ni...hehehe)*
<Kalau si isteri masih merajuk, rasanya si suami kena panggil satu kugiran datang rumah buat persembahan untuk memujuk isteri. Kugiran tu x semestinya lengkap kesemuanya. Kalau lagu Melayu pun x berhasil cuba pulak lagu 'My Fault' dari 'Imagine Dragons' mungkin boleh kot untuk memujuk isteri. Tapi kena ada sorang yang boleh main bass deram...hehehe>

#4 Aura_Tersendiri
*Lelaki serius tetapi rajin main gitar kepada pasangan mereka akan mudah didekati dan disayangi kerana ada gaya tersendiri dalam kehidupan mereka. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik. Itulah sebabnya jiwa wanita terdorong untuk berdampingan dengan lelaki yang mempunyai minat yang sama*
<Si pemain gitaris yang bujang pun selalu main lagu-lagu jiwang yang mungkin menambat hati wanita dan seterusnya mungkin dijadikan calon isteri. Tambahan pula, gitaris ni mungkin mempunyai penampilan yang menarik, kacak bergaya, berharta, pakej lengkap tu...hehehe>

#5 Pemikiran_Lebih_Teliti
*Lelaki yang suka main gitar tiada masa untuk sembang mengenai perihal orang lain. Mereka gemar bercampur dengan kelompok yang sama minat, berbincang perkara baru tentang muzik atau sekali sekala berkongsi perasaan mengenai apa yang dimahukan oleh seorang wanita*
<Fokus tentang muzik saja. X bosan ke>

Kalau diberi peluang untuk memilih alat muzik pilihan untuk dimainkan, saya suka nak belajar main 'keyboards' dan deram berbanding gitar...^_^ 

-kredit untuk Shuhada Mansor, wartawan Harian Metro.

budi bicara adalah dinasihatkan
       
  

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)