HarIni : Majalah Rohani

Kali ini saya akan membicarakan tentang dua majalah yang berbentuk ilmiah Islamik yang saya fikir masih belum dikenali atau diketahui oleh masyarakat umum di pasaran iaitu majalah At-Taqwa dan majalah Fardu Ain. Berikut adalah huraian saya mengenai majalah-majalah tersebut:

At-Taqwa
Dengan cogan kata Cetusan Ilmiah Mukmin, majalah At-Taqwa merupakan majalah berkonsepkan Islamik bulanan yang menarik dan terkini. Majalah ini menceritakan tentang para cendekiawan, amalan-amalan dan isu-isu kontemporari di dalam Islam yang mana dapat memberi panduan dan pengajaran yang berguna kepada manusia. Penulis majalah ini terdiri daripada golongan kolumnis, pakar motivasi dan juga ustaz. Malah, penerbit eksekutif dan beberapa orang penulisnya merupakan saudara baru. Harga senaskhah untuk majalah ini bagi Semenanjung Malaysia adalah RM8.00 manakala di Sabah/Sarawak berharga RM10.00 dan boleh didapati di kedai-kedai buku atau melalui wakil pengedar.

Salah satu isu dalam majalah At-Taqwa

Ada juga ruangan kisah mistik

Ruangan pengetahuan am

Tidak kira apapun jenis majalah mesti ada ruangan iklan. Promosi perabot jenama Luzano...hehehe

Ini dia saudara baru yang juga penerbit eksekutif majalah At-Taqwa dan merupakan pakar motivasi,
Mohd Daniel Lim Bin Abdullah

Fardu Ain
Ilmu, Amal, Takwa merupakan cogan kata bagi majalah yang diterbitkan setiap bulan ini. Seperti judulnya juga, majalah ini berkisar tentang fardu ain dengan pelbagai pengisian penting antaranya dari sudut tauhid, fiqh, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak, hadis dan lain-lain. Terdapat juga kandungan seperti sejarah tamadun Islam, sejarah ilmuan Islam, sejarah tokoh-tokoh ulama dan sebagainya lagi yang sesuai dibaca oleh seisi keluarga. Majalah ini amat bermanfaat kepada individu Muslim kerana ianya dapat memantapkan ibadah dalam kehidupan seharian. Seperti di duga, kebanyakan penulis majalah ini terdiri daripada golongan ustaz dan ustazah serta beberapa penulis daripada golongan kolumnis, perunding motivasi, dan juga doktor. Malah, ulama tersohor dari Indonesia iaitu Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki juga ada menulis dalam ruangan majalah ini. Kemungkinan tidak dijual di Sabah dan Sarawak, harga senaskhah majalah ini adalah RM10.00 bagi Semenanjung Malaysia serta boleh didapati melalui wakil pengedar atau melanggan melalui penghantaran pos.

Menariknya, majalah ini mempunyai 5 ruangan sesi soal jawab daripada pembaca dari sudut agama, faraid, keluarga, remaja dan muslimah

Malah, majalah ini juga turut menyediakan ruangan mengenai hukum tajwid, menulis seni khat, belajar bahasa Arab dan tulisan jawi

Majalah Fardu Ain ini turut menyelitkan beberapa ruangan untuk komik dengan tema yang santai dan bermanfaat kepada pembaca

Ada juga permainan menarik di dalam majalah ini seperti teka silang kata dan permainan sudoku

*In sya Allah, bermula tahun depan, ada beberapa entry yang menarik dan berpengetahuan di ambil daripada petikan majalah-majalah ini yang akan saya kongsikan bersama.

budi bicara adalah dinasihatkan  









Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)