HarIni : 8 Ciri Manusia Melalui Tandatangan
Aq Iazany
I'm Lived To Tell The Tale
www.iazany.blogspot.com
29 Januari 2014
Tuan/Puan,
Terdapat Lapan Ciri-Ciri Manusia Melalui Tandatangan
Merujuk kepada majalah At-Taqwa Isu 2 Mei-Jun 2013. Ini hanyalah suatu andaian sahaja dan perkongsian maklumat yang menarik.
1. Satu Garis Di Bawah Tandatangan
Berkeyakinan
tinggi dan personaliti yang baik tetapi bersifat kedekut. Percaya kebahagiaan
dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tandatangan
Berjiwa
romantis dan mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih seseorang yang
memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik serta
mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tandatangan
Cenderung
kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain hilang
kepercayaan kepada anda, anda tidak akan kembali kepada mereka dan ini
menunjukkan anda berpendirian tetap.
4. Tiada Garis Atau Titik Di Bawah
Tandatangan
Hidup
senang dalam dunia sendiri serta jarang mendengar pendapat orang lain. Pencinta
alam tetapi bersifat kedekut.
5. Tiada Persamaan Antara Nama Dan
Tandatangan
Bermaksud
tandatangan yang tidak menonjolkan nama mereka. Cuba untuk kelihatan bergaya
dan suka menyembunyikan sesuatu. Jarang berterus terang tetapi mereka merupakan
pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang perkara yang orang
lain sedang katakan.
6. Ada Persamaan Antara Nama Dengan
Tandatangan
Ingin
menjadi bijak tetapi tidak berfikir dengan baik. Tidak konsisten dan selalu
menukar pandangan sendiri seperti angin. Tidak pernah berfikir tentang baik
buruk sesuatu perkara. Orang lain boleh mengambil hati mereka dengan kata-kata
pujian.
7. Tandatangan Dengan Huruf Yang Tidak
Bersambung
Baik
hati terhadap orang lain, tidak mementingkan diri sendiri serta berkorban untuk
kepentingan dan kebahagiaan orang yang disayangi. Apabila terlalu banyak
perkara yang difikirkan akan menyebabkan mereka cepat tersinggung.
8. Tandatangan Yang Lengkap Seperti Nama
Baik
hati serta menyesuaikan diri dengan suasana dan sesiapa sahaja yang mereka
temui. Teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang kuat dalam
mendapatkan sesuatu.
Ada lapan tandatangan saya mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada gambar rajah diatas, tandatangan saya mungkin "all of the above" atau "none of the above".
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
SAFUAN IZANI
Comments
Post a Comment