HarIni : Krisis Rambut Gugur
Sekarang ni, aku menghadapi satu krisis besar, mahkota yang berwarna hitam di atas kepalaku iaitu rambut mengalami keguguran. Walaupun aku anggap perkara ni x serious lagi tapi rambut adalah salah satu asset yang cukup berharga bagiku dan semua kaum Adam, rasanya la.
Aku masih muda lagi, so-so, jadi kalau rambut mulai gugur satu-persatu, ni merupakan satu perkara yang aku cukup risau sekali. Mujurlah aku boleh cover sikit-sikit rambut aku ni. Tapi keyakinan diri membelenggu diriku untuk berhadapan dengan orang ramai. Itulah masalahnya, self esteem.
Aku ada baca satu article dalam surat khabar tentang 'BOTAK di usia muda'. Masalah rambut gugur antara 50-100 helai sehari adalah normal tapi jika lebih ia harus diberi perhatian serious. Huh! biar betik, 50-100 helai dalam sehari, banyak tu tapi boleh di kategorikan sebagai perkara biasa. Kaum Adam lebih tinggi peratusan untuk masalah rambut gugur ni berbanding kaum Hawa. Ingatan kepada semua jejaka di luar sana.
Mitos yang sering kali kedengaran untuk masalah rambut gugur ni seperti kerap basuh rambut, sikat rambut, warnakan rambut, banyak fikir dan lain-lain tapi ia x ada kaitan langsung dengan masalah rambut gugur ni. Boleh dikatakan aku ni banyak juga berfikir tentang macam-macam perkara seperti seorang YB. Mitos lain seperti kulit kepala berminyak yang menghalang rambut tumbuh, ada dandruff, atau jarang shampoo rambut. Ini abang aku cakap, sebab dia pun ada masalah yang sama.
Punca sebenar adalah genetik atau keturunan yang diwarisi daripada ibubapa atau tindak balas hormon dalam badan. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zinc boleh menyihatkan rambut tapi AWAS x boleh ambil lebih. Serangan auto immune, jangkitan micro organism dan penyakit kulit juga antara penyebab berlakunya masalah rambut gugur.
Cara nak overcome masalah ni dengan pengambilan nutrient secara seimbang. Makan sayur dan buah, jadi seorang vegetarian. Jaga kebersihan kulit dan rambut serta lindungi rambut daripada sinaran ultraviolet. Cara aku, beli shampoo yang ada ciri-ciri anti hair fall, anti dandruff, dan yang dapat melebatkan rambut. Ikut panduan dan arahan untuk cara penggunaannya yang tertulis di belakang botol tersebut. Aku memang x ikut langsung. Kalau x jadi juga, beli shampoo jenis herba seperti shampoo Bawang, ada tertera gambar pelakon Jackie Chan selaku duta produk ni kat depan botol. Shampoo ni dari China. Produk lain seperti D'Herbs Super Lebat. Ala, produk yang terlajak laris tu la. Lain-lain, ikut petua orang dulu-dulu, mungkin depa ada sedikit campuran ramuan tradisional yang bole melebatkan rambut. Kalu x berhasil jugak, pegi jumpa pakar rambut profesional seperti Yun Nam Hair Care dan sebagainya. Tapi, ini untuk orang yang rambut gugur tahap paling kronik sahaja. Gua sure mesti service dia tiptop tapi mungkin mahal sikit. Selamat berjaya. Panjang jugak gua berceloteh ni...
budi bicara adalah dinasihatkan
kredit: Citra Orang Muda @ .com Utusan Malaysia Sabtu 27 September 2014
Comments
Post a Comment