Ulasan Novel Bau Semangat Anak Muda


Novel! Huh! dah lama aku tak baca novel. Last sekali yang aku ingat, masa kat tingkatan 5. Masa tu aku baca sebab 'terpaksa' untuk subjek BM dan BI. Bukan apa, nak SPM dah waktu tu. Tapi, bila baca, best pulok. Baca sampai habis.
Kini, trend baca novel semakin menjadi-jadi, terutama sekali novel alternatif. Ok la, membaca daripada buang masa. Budaya Membaca Bangsa Berjaya. Ambuih! kemain lagi. Kebanyakan yang baca novel ni aku dok perati, golongan pelajar, tak kira la pelajar sekolah, pelajar universiti. Mungkin diorang bosan kot dok kat asrama, tak tau nak buat apa, baca novel jadi pilihan. Even, depa akan habis baca novel ni dalam 1 hari berbanding ulangkaji buku teks sekolah. 
Novel alternatif? Apa yang aku tau, sapa-sapa baca novel jenis ini, dia kena 'open minded' sikit. Novel yang mungkin bersifat 'tabu' di mata masyarakat seperti unsur politik, dadah dan sebagainya malah ada beberapa tajuk novel yang aku sifatkan 'berani' seperti koleksi cerpen dan puisi Bogel Menuju Tuhan yang ditulis oleh pelakon Zahiril Adzim. Tambah rancak, banyak syarikat penerbit buku yang muncul, tumbuh bak cendawan.

Melihat trend sekarang ni, aku tak mau ketinggalan jugak, jadi aku pun mula start baca novel online. Di Google Play Store, aku baca banyak novel-novel daripada Fixi. Ia cuma tunjuk preview saja, bole la baca sikit. Ada yang ok dan sebaliknya. Lepas tu, aku beli novel fizikal, 2 novel, Bau Semangat Anak Muda (Lejen Press) dan Retina (Fixi) kat MPH. Nota Tangan: novel-novel alternatif ni hanya dijual di kedai MPH, Borders dan beberapa lagi kecuali Popular. Beli secara online kat penerbit agak murah berbanding beli secara terus kat kedai buku. Aku beli 2 novel ni pun sebab ada unsur-unsur muzik dan rock. 2 benda yang aku suka. Aku start baca Bau Semangat Anak Muda (BSAM) daripada penulis Nami Cob Nobbler, dan aku dah habis baca dah. Jadi, aku nak buat review sikit pasal novel ni walaupun orang lain dah buat dah.

Sinopsis Ringkas:
Kisah sorang lelaki bernama Nizam yang bercita-cita nak jadi pemuzik dan menubuhkan sebuah band rock terutama sekali muzik grunge. Idolanya adalah Kurt Cobain, vokalis band Nirvana, salah sebuah band Amerika yang popular sekitar tahun 80-an. Even, BSAM pun diambil daripada lagu popular kumpulan tersebut, Smells Like A Teen Spirit. Banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh Nizam untuk merealisasikan impiannya itu.

Ok:
1. Kental dengan semangat setia kawan. Nizam, Azlam, Hafiz, Ail, Rafi.
2. Ada sedikit unsur humor/komedi dan sudah semestinya ada kisah cinta, walaupun tak banyak.
3. Paparan realiti sebenar tempat dan keadaan seperti bahagian Azlam dan Nizam di Ipoh. Nami selaku penulis menceritakan secara details nama jalan-jalan kat situ. Aku respek sebab ia dapat memberi sedikit gambaran dan keadaan ketika itu.

So-so:
1. Ada kata-kata kesat. Ada yang ditapis, ada yang 'terlepas'. Contoh, cibs dan lanc (korang sendiri faham la apa maksudnya) Mungkin penyunting perlu kaji balik lepas ni untuk novel akan datang, kalau nak tapis, tapis semua dan sebaliknya.
2. Unsur politik yang agak tersirat. Ada satu bab, Nizam dengar satu forum yang disampaikan oleh Hishamuddin Rais, seorang aktivis. Ada lagi sebenarnya tapi aku tak nak citer lebih sebab ni mungkin pandangan dari kacamata penulis iaitu Nami. Jadi, gua respek la.

Dah itu je...

Budi bicara adalah dinasihatkan        

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)