HarIni - Bila Bateri Smartphone Dah Kering?


Sapa2 yang memiliki telepon pintar atau tablet akan mengalami satu masalah yang sama. Bateri! Bateri akan cepat kering bergantung kepada cara penggunaannya. Kalau rajin guna memang cepat habis la. Selalu buka aplikasi media sosial seperti FB, Twitters, Instagram, WhatsApp, YouTube dan lain2, berselfie, lepas tu main game seperti Clash of Clans, Angry Birds atau Candy Crush, memang kering cepat la bateri tu. Bila telepon korang keluar notification seperti gambar di bawah ni.


Maka, terpaksalah korang kena charge telepon... ada yang tinggalkan sekejap telepon diorang tu daripada melayari Internet, berehat - mungkin tengok tv, baca novel, tidur dan lain2. Tapi ada yang tak boleh tinggalkan telepon diorang tu langsung. 


Bateri dalam kebanyakan gajet terkini boleh bertahan sekurang-kurangnya sehari atau kurang dari itu, sekali lagi bergantung kepada cara penggunaannya. Aku bukanlah pakar dalam bab gajet ni tapi keinginan aku untuk sekurang-kurangnya memanjangkan jangka hayat bateri telepon aku, jadi aku telah search Google berkenaan tips2 bagaimana nak kawal penggunaan bateri smartphone ni. Aku kongsikan beberapa tips yang aku ambil dari beberapa laman web kepada korang. Terjemahan je.

Pendahuluan
Aku boleh andaikan smartphone/tablet ni ada persamaan seperti komputer/laptop. Banyak aplikasi yang boleh digunakan dalam kedua-dua gajet berkenaan. Bateri pun tak boleh bertahan lama jangka hayatnya. Tambahan pula, data segala aplikasi dalam kedua-dua jenis gajet ini akan sentiasa berjalan atau running.
Bagi aku penggunaan power bank, bukan penyelesaian terbaik bagi membantu kawalan penggunaan bateri smartphone/tablet. Dahlah saiznya besar dan kadang2 bentuknya macam external hard disk. Rumit kalau ada panggilan masuk, kena genggam kedua-duanya sekali. Paling penting, power bank pun kena charge jugak akhirnya.
Lainlah kalau bentuknya kecil macam thumb drive/ pen drive connect melalui lubang USB. Boleh juga send or save data daripada thumb drive ke telepon dan sebaliknya. Teknologi itu belum ada lagi tapi aku rasa tak mustahil. Nano technology membolehkan kita simpan data melalui pen drive dah sekarang dan bukan lagi CD atau disket. Aku hanya beri pandangan.
Aku takdelah sosial, aku sesekali hanya tengok mesej WhatsApp kat smartphone aku. Buka FB atau Twitter kat laptop. Berikut adalah tips2 macamana nak kawal penggunaan bateri smartphone:

#1 Kurangkan Pencahayaan Pada Skrin Telepon
Pencahayaan (brightness) pada skrin telepon perlu dikurangkan ke satu tahap yang korang masih boleh nampak tulisan atau aplikasi pada skrin. Kebanyakan smartphone ada fungsi yang dipanggil auto-brightness, jadi gunakan. Tak pun korang boleh laras sendiri tahap brightness pada level yang paling minimum. Skrin memang akan gelap tapi sesetengahnya masih boleh nampak, bergantung pada mata korang la.
Kalau korang tengok kat bahagian Settings > Battery, umumnya kedudukan yang teratas sudah semestinya Display/Screen, pelahap bateri paling tinggi. Itu puncanya kita kena kurangkan pencahayaan pada skrin walaupun tak nampak menarik sebab warnanya malap. 


#2 Pastikan Screen Timeout/Sleep Paling Pendek
Settings > Display > [samada] Screen Timeout / Sleep atau sama waktu dengannya, dan laraskan masa paling pendek, kurang dari seminit. Pilih 30s atau paling minimum 15s. Aku pilih 15s walaupun sesekali kena sentuh skrin terutama bila aku nak fikir ayat yang sesuai untuk reply mesej. Lagipun, aku tak selalu guna telepon aku tu tapi cara ni ideal untuk kawal penggunaan bateri.

#3 Tutup Penggunaan Bluetooth, GPS / Location dan Wi-Fi Apabila Tak Digunakan
Off semua fungsi2 ini apabila tak digunakan. Jika perlu turn off auto-sync terutama Google account korang dan tukarkan mod manual update di Google Play Store. Senang cerita. Malas nak terang lebih2.

#4 Jangan Guna Vibrate
Vibrating memang penting terutama sekali bila kita guna mod silent, mungkin ada panggilan masuk, kecemasan dan sebagainya. Tapi, vibrating ni guna lebih banyak kuasa bateri. Kuasa yang diperlukan untuk shake telepon sampai korang tersedar, ada incoming call.

#5 Gunakan Battery Saving Mode, Jika Ada
Jika telepon korang ada aplikasi tambahan untuk optimumkan penggunaan bateri seperti Power Management, Power Saver dan sebagainya, gunakanlah.

Kaedah2 Lain Ikut Cara Aku
#6 Force Stop Apa2 Aplikasi Selepas Ia Digunakan.
Settings > Battery. Ada sesetengah aplikasi tak boleh ditutup. Ada sesetengah aplikasi yang lain pula, bila tekan Force Stop akan keluar notification lebih kurang seperti ini :
"If you're force to stop this application, it will misbehave" atau lain2 lagi
Aku tekan Cancel sebab takut apa2 boleh berlaku kat phone aku. Tapi, bila korang force stop aplikasi contohnya FB atau WhatsApp, segala data masih tersimpan dalam phone korang. Usah risau.

#7 Uninstall Apa2 Aplikasi Yang Tak Digunakan

#8 Shut Down
Aku biasanya akan tutup terus phone aku bila waktu malam. Shut down bila aku nak tidur. Kalau tak nak tutup terus, boleh gunakan Airplane Mode, Do Not Disturb, Sleep Times dan lain2 supaya korang tak diganggu bila nak tidur. Cara ni boleh jimat kuasa bateri untuk hari2 seterusnya tanpa perlu kena charge, bergantung pada kekerapan korang guna phone tersebut. Bila korang tak selalu guna phone, settings battery akan ubah kepada mod standby. Kuasa bateri akan terkawal.



#9 Gunakan Background Kosong Berwarna Hitam
Aku tak pasti sebab apa kena warna hitam kerana tips ni aku search kat Google. Memang nampak tak menarik bagi sesetengah orang tapi salah satu kaedah terbaik untuk menjimatkan penggunaan bateri. Gunakan warna hitam sebagai theme utama di bahagian Home dan menu aplikasi.


Mungkin suhu juga memainkan peranan dalam mengawal penggunaan kuasa bateri sama seperti laptop.


Sekadar renungan bersama... hahaha


Rujukan :
Gambar dari Google Images

budi bicara adalah dinasihatkan



Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)