HarIni : Turkiye

Alhamdulillah, baru2 ni aku diberi kesempatan untuk melancong ke luar negara. Rezeki dapat melawat kota Istanbul, bila aku tengah free masa tu. Terima kasih kepada ibu bapaku yang tolong support perbelanjaan aku ke sana. Hui! mahal betol nak pergi sana tu. Kami pilih pakej promosi istimewa yang ditawarkan oleh pihak Andalusia Travel & Tours, salah satu agensi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Depa offer harga diskaun RM6,999 seorang, pergi Istanbul + pakej umrah. Kalu harga biasa, RM7,000 ke atas. Ada pakej melancong seminggu ke Turki serendah RM4,000 ke atas. Tapi, aku bersyukur sebab aku dapat pergi sana. Yelah, tak semua orang mampu pergi sana, kan.

Bila ayah aku cadang nak pergi Istanbul, aku berasa cukup teruja sekali. Bapaku ni memang teringin nak menziarahi Masjid Biru, salah satu destinasi tarikan pelancong di Istanbul. Mula2 bapaku cadang nak pergi sana dengan mak tapi bila mak ajak aku, apalagi aku terus setuju la. Sapa yang tak nak pergi Istanbul. Hui! ini peluang keemasan ni. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Lagipun, aku memang teringin benar nak pergi Turki. Turki adalah destinasi utama jika aku diberi pilihan untuk melancong ke luar negara. Lebih kurang macam Wish List aku la. Akhirnya, tertunai jugak impian aku untuk menjejakkan kaki di bumi Turki ni.

Aku cukup tertarik dengan negara Turki ni bukan sebab aku tengok filem Istanbul, Aku Datang kew atau filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Sebaliknya, aku suka dengan sejarah ketamadunan bangsa Turki dari empayar Rom hinggalah era zaman pemerintahan Islam Uthmaniyah. Dulu, masa sekolah menengah, aku minat subjek Sejarah, sebab tu aku tau sikit pasal sejarah negara Turki ni. Depa ni juga kaya dengan seni budaya yang pelbagai dan bercampur antara Asia dengan Eropah. Selain itu, negara Turki menyimpan pelbagai khazanah dan warisan Islam. Ambuih, dah macam tulis skrip untuk program Jejak Rasul di tv3 je bunyinya. Hehehe.

Aku pergi Istanbul selama 4 hari 3 malam dan 11 hari di Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Aku akan buat entri khas sempena perjalanan epik aku ke Istanbul. Sama2 nantikan.   

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)