HarIni : Tahun Baru Dengan The Force Awakens

Selamat Tahun Baru 2016 Masihi. Dah penghujung bulan Februari, baru nak ucap selamat tahun baru. Sorry la, aku memang dah terlambat nak ucap memandangkan aku terlalu sibuk pada penghujung tahun lepas. Lagipun, aku dok kalut menyiapkan entri Tesekkurler Turkiye 2. Azam aku untuk tahun baru 2016 adalah mencari seseorang yang sudi menjadi suri di hatiku ini. Hehehe. Maklumlah, umur kian meningkat dan kebanyakan rakan2 sebaya aku dah kawin. Aku takdelah memilih bakal isteri sebab aku tak cerewet. Of course, setiap lelaki nak perempuan yang cantik, sopan santun dan baik budi pekerti. Aku tidak terkecuali. Cukup untuk aku menerima seadanya dan berharap bakal isteri aku nanti pun dapat menerima aku seadanya. In Sya Allah, Amin...

Okey, aku bukan nak citer soal jodoh atau mencari pasangan, aku nak citer sikit pasal filem Star Wars yang terbaru. Star Wars Episode 7 The Force Awakens. Tanggal 18 Disember 2015, bermulalah tayangan perdana untuk filem blockbuster ni di seluruh dunia. Aku peminat setia filem Star Wars ni dan aku dah tengok 6 siri episod sebelumnya. Tapi, aku bukanlah peminat fanatik atau die hard fan filem nih, aku cuma peminat biasa je. Sememangnya, peminat citer Star Wars di seluruh dunia menunggu filem terbaru ni dengan tahap kesabaran yang tinggi dan berharap jalan ceritanya gempak sama seperti 6 episod sebelumnya. Okey, aku citer sikit pasal sejarah filem Star Wars ni.
Star Wars Episode 3: Revenge Of The Sith (2005) merupakan siri yang terakhir sebelum Episode 7. Bayangkan, 2015 - 2005 = 10 tahun menunggu filem terbaru Star Wars nih. Siri Star Wars memang unik kerana ia tak mengikut susunan seperti 1, 2 dan 3. Ia bermula dengan Episode 4: A New Hope, Episode 5: The Empire Strikes Back dan Episode 6: Return Of The Jedi. Aku pun belum lahir lagi masa 3 episode ni ditayangkan. Kemudian, ia bermula kembali Episode 1: The Phantom Menace, Episode 2: Attack Of The Clones dan Episode 3. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang mencerminkan identiti asli siri filem Star Wars ni.

Poster filem Star Wars The Force Awakens. Filem ni mencatatkan keuntungan yang tinggi dan aku adalah salah sorang daripada penyumbang keuntungan tersebut setelah menonton filem ni 3 kali di 3 pawagam berbeza.

Antaranya, mesti ada satu ayat di permulaan filem, a long time ago in a galaxy far, far away. Lepas tu, keluar tajuk filem diikuti sinopsis jalan ceritanya yang merangkak keluar dari bawah ke atas. Okey, aku tak dapat tengok tayangan perdana filem Star Wars Episode 7 ni di pawagam sebab aku kena kerja shift malam. Biasalah, kerja kilang. Tapi, aku dapat 'balas dendam' tengok citer ni 3 kali di 3 pawagam berbeza kat Sungai Petani. Pertama, lepas balik kerja shift malam di hari jadi aku, 3 hari selepas tayangan perdana filem Star Wars nih di Grand Cineplex, Village Mall. Kedua dan ketiga adalah hari hujung minggu bulan tahun baru di GSC, CMart Amanjaya dan MBO, Central Square.
Ayat di atas memang wajib kena ada pada setiap permulaan cerita Star Wars nih.

Sinopsis cerita yang merangkak keluar dari bawah naik ke atas. Ini pun wajib kena ada dalam semua citer Star Wars nih.

Ia adalah rekod peribadi aku untuk bab tengok wayang nih. Apa yang best tentang filem Star Wars Episode 7 sampai tengok 3 kali di pawagam? Entahlah. Mungkin, salah satu faktornya adalah kecantikan dan kejelitaan pada watak Rey lakonan Daisy Ridley. Hahaha. Besalah, kan. Dia ni memang lawa walaupun kurus. Kadang2, aku nampak wajah dia mirip beberapa actress British seperti Emma Watson dan Keira Knightley. Tapi, sapa sangka dia jadi ahli Jedi in the making. Dia boleh kontrol the Force sendirian tanpa bantuan guru dan tahu menggunakan lightsaber dengan baik. Persoalannya, adakah Rey ni anak kepada Luke Skywalker atau bakal anak muridnya nanti?
Babak yang aku suka tengok Rey ni ketika dia keluar dari bangkai pesawat setelah mencari barang2 terpakai dalam pesawat berkenaan. Fuh! Cantik mata dia yang biru. Ayu jer aku tengok dia berlitup macam gambar di atas walaupun ia bukan bertudung. Aku cair tengok dia, beb. Hahaha.

Satu lagi watak yang aku suka adalah watak Poe Dameron sebagai juruterbang X-Wing Fighter. Poe mempunyai sorang kawan baiknya iaitu sebuah droid kecil yang dikenali BB-8. Aku rasa BB-8 lebih praktikal dan relevan berbanding R2-D2. Yelah, bentuknya bulat seperti bola memudahkan pergerakannya even di permukaan tak rata. Kebanyakan ciri2 pada R2-D2 ada pada BB-8 kecuali beberapa perkara. Contohnya, R2-D2 boleh terbang menggunakan roket yang keluar dari kedua-dua kakinya tapi kebolehan BB-8 untuk terbang, aku tak nampak lagi. Poe ada ciri2 untuk menjadi Jedi sebab dia adalah pilot yang hebat & ada droid sebagai kawan sama seperti Anakin dan Luke.
Comel betul BB-8 nih. Dahlah kecik, antena bengkok plak. Aku mau bela satu unit BB-8 ni kat rumah. Jadikan ia droid peliharaan. Hahaha.

Kylo Ren pula memegang watak antagonis utama dalam citer ni. Dia kalah kepada Rey dalam pertarungan minda dan lightsaber duel. Lightsaber Ren berbeza sikit. Bentuknya macam salib dan warna merah pedangnya kelihatan agak kasar berbanding lightsaber biasa. Mungkin Force Ren tak stabil kot. Tapi, ia cukup sesuai dengan wataknya itu. Ren @ Ben adalah anak kepada Han Solo dan Leia Organa. Dia merupakan bekas anak murid kepada Luke Skywalker dan sekarang dia adalah fallen Jedi dan pengikut Dark Side dibawah pengaruh mentornya iaitu Supreme Leader Snoke. Darth Vader @ Anakin Skywalker merupakan datuk dan idola utama kepada Ren.
Kylo Ren dan lightsaber merahnya.

Aku rasa Mace Windu satu-satunya Jedi yang guna lightsaber warna unggu. Rare! Lightsaber yang aku suka adalah warna unggu dan hijau.

Ahsoka Tano plak ada 2 lightsaber warna putih. Sekali lagi, Rare!

Sebenarnya watak antagonis yang aku suka dalam Star Wars series adalah Darth Maul walaupun Darth Vader lebih popular. Tengok muka dia pun dah menyeramkan. Corak Tribal merah-hitam serta tanduk bercabang di kepala. Scary, beb. Lightsaber kembarnya memang menarik perhatian.

Keseluruhan, filem ni memang terbaik walaupun aku dah spoiler penceritaan filem nih pada pembaca. Sikit jer. Hehehe. Takde dah watak Han Solo lepas ni sebab dia mati ditikam oleh anaknya sendiri, Kylo Ren. Mungkin pertarungan lightsaber antara Rey dengan Kylo Ren agak hambar di penghujung filem tapi ia boleh improve lagi lakonan dorang untuk episode akan datang. Maklumlah, depa semua masih baru (kecuali beberapa orang), begitu juga watak depa dalam filem ni. Tamat filem Star Wars Episode 7, side film berjudul, Rogue One: A Star Wars Story akan ditayangkan pada penghujung tahun ni manakala Star Wars Episode 8 bakal ditayangkan hujung tahun depan.

Budi bicara pembaca adalah dinasihatkan
   

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)