Ulasan Novel Jiwa Kacau
Novel Jiwa Kacau daripada penulis Zati Hanani dan diterbitkan oleh Lejen Press. Aku beli buku ni kat Kedai Buku 1Malaysia di UTC Alor Setar. Aku tak sangka, aku beli novel ni amat murah di Kedai Buku 1Malaysia berbanding MPH. Ia berharga RM 17 berbanding harga biasa iaitu RM 20. Mungkin depa bagi diskaun kot. Tapi, aku dapat jimat 3 Ringgit. Novel ni dah lama berada di pasaran. Tapi, aku beli novel ni masa ia masih 'fresh' lagi iaitu cetakan pertama, Januari 2015. Novel kedua yang berjaya aku habiskan membacanya selepas novel Bau Semangat Anak Muda.
Aku tertarik nak beli dan baca novel ni disebabkan kisah 4 individu yang ingin menubuhkan sebuah band muzik. Lagipun, aku memang pencinta muzik terutamanya indie group band. Novel ini ditulis oleh penulis perempuan iaitu Zati Hanani. Jadi, aku nak tau macamana dia menceritakan kisah sebuah band itu bermula dan berkembang dari kacamata seorang perempuan. Khabarnya, novel Jiwa Kacau ni adalah novel pertama beliau yang berjaya diterbitkan. Kulit buku novel ini juga menarik minat aku untuk membelinya. Gambaran cukup cantik. Ada beberapa corak bunga menghiasi kulit buku novel ini. Apa yang menarik perhatian adalah lukisan tengkorak dan sebahagian rangka tangan sedang memetik gitar. Sempoi! Turut diselitkan satu ayat bahasa Inggeris berbunyi 'Never Ever Think About Quitting' di bahagian atas muka depan kulit buku novel ini.
Sinopsis ringkas tentang novel Jiwa Kacau. Kisah 4 remaja dengan latar belakang yang berbeza. Tetapi, muzik menyatukan mereka berempat. Akhirnya Dean, Adam, Riz dan Kimi menubuhkan sebuah band secara suka2 sekadar mengisi masa lapang. Mereka memilih nama D.A.R.K. sempena huruf depan nama mereka berempat iaitu Dean, Adam, Riz dan Kimi. Minat mereka terhadap muzik semakin bercambah apabila muncul En. Farid menawarkan mereka menjadi artis rakaman di syarikatnya. Baru saja mereka nak meraikan kejayaan itu, Dean dah menarik diri daripada band dan menghampakan impian rakan-rakannya.
OK
- Penulis memasukkan unsur bait2 lirik lagu ciptaan sendiri ke dalam novel ni. Lirik lagu berkenaan kadang2 kena dengan situasi yang berlaku di dalam penceritaan novel Jiwa Kacau ni. Aku kagum, bagaimana penulis mendapat idea menulis lirik lagu walaupun ritmanya tak sama untuk sesetengah lagu. Lirik lagu dalam Bahasa Inggeris pulak tu.
- Penulis memasukkan pengaruh muzik dari timur khususnya Jepun yang terkenal dengan genre muzik J-Rock. Ini terbukti apabila penulis menulis beberapa petikan lirik lagu daripada band2 Jepun dan dimasukkan ke dalam novel Jiwa Kacau. Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, banyak petikan lirik lagu daripada band UVERworld sentiasa disebut di dalam novel ini. Sesuatu yang jarang dilakukan di dalam penulisan novel berbentuk band muzikal. Biasanya, penulis genre jenis ini lebih suka memasukkan pengaruh muzik dari Barat seperti Amerika dan British kerana mereka lebih popular. Lagipun, ia dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, kita boleh memahami maksud lirik lagu berkenaan dengan baik. Kebanyakan band2 Jepun ni terkenal dengan imej ala2 Gothic. Pemakaian warna hitam berserta aksesori seperti arm band dan lain2. Penulis menggambarkan band D.A.R.K. ni sebagai sebuah band bergenre J-Rock, sesuai dengan nama band tersebut.
So-So
- Sejujurnya, aku susah nak habiskan membaca novel ni terutama dalam tempoh yang singkat. Mungkin jalan cerita sedikit membosankan. Sorry #JanganKecamSaya Okey.
- Sesetengah ayat yang sama diulang beberapa kali membuatkan aku rasa... Hanya Tuhan saja yang tahu. Contohnya, Kimi menggaru kepala tidak gatal. Lebih kurang macam tulah ayatnya.
Aku tertarik nak beli dan baca novel ni disebabkan kisah 4 individu yang ingin menubuhkan sebuah band muzik. Lagipun, aku memang pencinta muzik terutamanya indie group band. Novel ini ditulis oleh penulis perempuan iaitu Zati Hanani. Jadi, aku nak tau macamana dia menceritakan kisah sebuah band itu bermula dan berkembang dari kacamata seorang perempuan. Khabarnya, novel Jiwa Kacau ni adalah novel pertama beliau yang berjaya diterbitkan. Kulit buku novel ini juga menarik minat aku untuk membelinya. Gambaran cukup cantik. Ada beberapa corak bunga menghiasi kulit buku novel ini. Apa yang menarik perhatian adalah lukisan tengkorak dan sebahagian rangka tangan sedang memetik gitar. Sempoi! Turut diselitkan satu ayat bahasa Inggeris berbunyi 'Never Ever Think About Quitting' di bahagian atas muka depan kulit buku novel ini.
OK
- Penulis memasukkan unsur bait2 lirik lagu ciptaan sendiri ke dalam novel ni. Lirik lagu berkenaan kadang2 kena dengan situasi yang berlaku di dalam penceritaan novel Jiwa Kacau ni. Aku kagum, bagaimana penulis mendapat idea menulis lirik lagu walaupun ritmanya tak sama untuk sesetengah lagu. Lirik lagu dalam Bahasa Inggeris pulak tu.
- Sejujurnya, aku susah nak habiskan membaca novel ni terutama dalam tempoh yang singkat. Mungkin jalan cerita sedikit membosankan. Sorry #JanganKecamSaya Okey.
- Sesetengah ayat yang sama diulang beberapa kali membuatkan aku rasa... Hanya Tuhan saja yang tahu. Contohnya, Kimi menggaru kepala tidak gatal. Lebih kurang macam tulah ayatnya.
Comments
Post a Comment