Ulasan Antologi Cerpen Road Trip: Meronda Tanah Air
Hidup ini satu kembara . Itulah kata2 hikmah yang terdapat di muka depan antologi cerpen Road Trip: Meronda Tanah Air keluaran Lejen Press. Macam mana aku boleh 'terbeli' buku ni? Well, aku cukup berminat bab2 pasal travel ni cuma kurang berminat nak baca buku jenis travelog daripada pengembara atau backpackers. Pelik, kan? Sebenarnya, aku saja beli buku ni memandangkan aku dah lama tak melanggan novel2 alternative. Walaupun beli novel tapi masih malas nak baca. Masa lapang sentiasa ada. Itu sebab lambat nak habis baca. Mmm... Cover bukunya sangat ringkas dan menarik. Berlatar belakang warna pastel biru muda dan sebuah van lama jenis Volkswagen Camper gitu. Van ni cukup sinonim dengan apa2 aktiviti berkaitan pengembaraan. Nama pun Camper, memang sesuai la. Mungkin sebab kesesuaian van tersebut yang boleh bawak ramai penumpang dan barang yang banyak. Bolehlah, setakat 5 ke 7 orang. Kulit belakang buku ni pula dipenuhi dengan tulisan termasuk bahagian belakang van Volkswagen n