Ulasan Antologi Cerpen Road Trip: Meronda Tanah Air

Hidup ini satu kembara. Itulah kata2 hikmah yang terdapat di muka depan antologi cerpen Road Trip: Meronda Tanah Air keluaran Lejen Press. Macam mana aku boleh 'terbeli' buku ni? Well, aku cukup berminat bab2 pasal travel ni cuma kurang berminat nak baca buku jenis travelog daripada pengembara atau backpackers. Pelik, kan? Sebenarnya, aku saja beli buku ni memandangkan aku dah lama tak melanggan novel2 alternative. Walaupun beli novel tapi masih malas nak baca. Masa lapang sentiasa ada. Itu sebab lambat nak habis baca. Mmm...

Cover bukunya sangat ringkas dan menarik. Berlatar belakang warna pastel biru muda dan sebuah van lama jenis Volkswagen Camper gitu. Van ni cukup sinonim dengan apa2 aktiviti berkaitan pengembaraan. Nama pun Camper, memang sesuai la. Mungkin sebab kesesuaian van tersebut yang boleh bawak ramai penumpang dan barang yang banyak. Bolehlah, setakat 5 ke 7 orang. Kulit belakang buku ni pula dipenuhi dengan tulisan termasuk bahagian belakang van Volkswagen ni. Mungkin ayat2 prakata kot. Ia mengingatkan aku kepada kulit album band Foster The People berjudul Supermodel. Sebelum itu, mai kita tengok dulu gambar cover depan dan belakang buku antologi cerpen ni.



Berikut adalah ayat yang tertulis kat belakang buku antologi cerpen Road Trip: Meronda Tanah Air.

Hidup ini satu kembara. Dalam kembara, ada banyak destinasi. Dalam mencari destinasi, ada banyak jalan perlu disusuri. Dalam menyusuri jalan, ada banyak simpang perlu dimasuki. Sebelum memasuki simpang, pilihan yang tepat perlu diteliti. Dan pilihan itu akan mempengaruhi jalan, destinasi dan kembara sendiri.
Ada masanya penuh senyuman diwajah, ada ketika seribu luka berparut dijasad, ada kala intan permata menenangkan mata. Ada sedetik sebaris kata tersemat dijiwa. Lagi pun siapa tahu bagaimana hujung kembara itu nanti.
Yakin dengan jalan yang engkau pilih. Jangan ikut jalan orang lain kecuali kau sesat di tengah hutan dan hari hampir gelap. Ikut jalan yang ada.

Hah! Tulah ayat yang dikarang kat belakang buku antologi cerpen ni. Kemain panjang lagi tapi boleh muat plak. Apapun, cover buku ni memang tip top. Terserlah daya kreativiti untuk menghasilkan kulit buku yang menarik.

Seperti biasa, aku beli buku ni kat MPH dengan harga RM 20. Cetakan pertama tau, April 2015. 14 negeri, 14 cerita. Kebanyakan cerpen dikarang oleh penulis yang telah mengeluarkan novel bersama Lejen Press sebelum ni. Ada penulis lejen dan ada penulis baru. Even, editor Lejen Press, Shahida Hasram Harun pun ada karang 2 story dalam buku ni. Sorry, aku malas nak citer lebih lanjut kesemua 14 kisah ni. Nanti, spoiler alert plak kang. Hehehe. Hangpa belilah buku ni dan baca sendiri. Apa yang aku boleh kongsikan adalah senarai 14 tajuk cerpen bersama lokasi negeri dan nama penulisnya sahaja.

1. Penang + Pineng = Pening (Pulau Pinang) oleh Shahrizat Ahmad.
2. Manipulasi (Putrajaya) oleh Lokman Ishak.
3. Rembau Most Wanted Kau! (Negeri Sembilan) oleh Shahida Hasram Harun.
4. Sampai Sini Jelah Kot (Pahang) oleh Syafiq Aizat.
5. Alkisah (Melaka) oleh Shafie Mahyani.
6. Hajat (Perlis) oleh Khairulzaman Khobin.
7. Merah, Biru, Kuning, Hijau Dan Ungu Mencari KFC (Selangor) oleh Nami Cob Nobbler.
8. Bidadari Langit (Kelantan) oleh Shahida Hasram Harun.
9. Breaking Badrul (Johor) oleh Danial Aedy.
10. Menuju Destinasi (Perak) oleh Zati Hanani.
11. Penyu (Sabah) oleh Asmar Shah.
12. Tak Mungkin! (Kedah) oleh Azwar Kamaruzzaman.
13. Merah, Biru, Kuning, Hijau Dan Ungu Mencari 'Midin' (Sarawak) oleh Nami Cob Nobbler.
14. Hari Ini Dia Pulang (Terengganu) oleh Shafiq Helmi.

Bermacam-macam kisah dipaparkan dalam buku ni. Ada cerita sedih, santai dan ceria. Ada kisah berbentuk parodi, misteri, hantu, persahabatan, kekeluargaan dan lain2. Cerita sedikit mengarut pun ada. Cerita pasal meronda agak sikit. Kebanyakan cerita dikarang lebih tertumpu kepada destinasi pelancongan dan tempat makan yang popular. Sapa2 yang biasa baca novel karya Nami Cob Nobbler mesti dah tau kemampuan Nami menceritakan secara jelas suasana di sesuatu tempat. Contohnya, nama jalan dan bangunan. Overall, aku rasa buku antologi cerpen Road Trip: Meronda Tanah Air cukup santai untuk dibaca sambil menambah pengetahuan tentang tempat2 menarik di Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

dr.pd. : Johny Comes Lately - Fumikna

Ulasan Novel Jiwa Kacau

ALLbum : Passion Pit - Manners (2009)