Tesekkurler Turkiye 7
Selesai melawat Hagia Sofia, kami pulang berehat di hotel. Kami menginap di Grand S Hotel. Hotel ni terletak di pinggir bandar tetapi kami tetap merasai kesibukan sama seperti di kota Istanbul. Lepas check in, kami terus ke bilik untuk berehat. Biliknya biasa-biasa saja tapi selesa untuk didiami. Seketika kemudian kami turun untuk makan malam. Makanan kat hotel ni agak happening sikit tapi dah biasa lihat kat Hotel Gold di Bursa. Ada masakan ala Western dan masakan tempatan.
Besoknya, lepas bersarapan pagi, kami menuju ke sebuah butik pakaian. Apahal plak pergi situ, aku pun tak tau memandangkan ia sudah diaturkan dalam program ziarah Turki ni. Struktur kedainya macam rumah banglo mewah. Tambahan pula, ia mengadap betul2 depan Selat Bosphorus. Kedainya tampak mewah dan exclusive gitu. Khabarnya, kami ke situ disebabkan ada pertunjukkan fashion show. Ia memang dah ada dalam siri program lawatan ke Turki yang diaturkan oleh pihak Andalusia.
Kami dijemput masuk ke dalam kedai. Suasana separa gelap menyelubungi tika kami memasuki bangunan. Nasib baik ada lampu limpah yang terang. Terdapat pentas kecil berbentuk bulat bersama tiang kaca segi 4 di tengah pentas. Kami duduk di kerusi yang disediakan. Depa bagi kami secawan air teh wangi. Aku teguk sampai habis. Aku dok tertanya-tanya fashion show apa yang depa nak persembahkan pada kami. Aku ada rakam video fashion show. Hangpa boleh tengok video kat bawah ni.
Cantik gak kakak model muslimah dalam video ni. Hehehe. Okey, habis menonton fashion show, kami dibawa melawat butik depa. Ada macam2 benda yang depa jual bukan setakat baju sejuk saja. Sekadar tengok2, boleh la. Memang tak beli pun. Maklumlah, aku bawak duit pun tak banyak. Untuk keperluan diri saja. Usah cakap soal harga kat sini sebabnya... paham2 jelah. Lagipun, sapa nak beli baju sejuk ni sedangkan Malaysia sentiasa beriklim panas. Boleh pecah peluh pakai baju tebal2 ni. Lainlah kalau iklim negara kita macam negara China kew, Jepun kew atau Korea.
Di depan Grand S Hotel.
Dewan makan Grand S Hotel. Layan diri.
Selesai saja makan malam, kami naik semula ke bilik untuk berehat. Yelah, perut dah kenyang, tidurlah jawabnya. Walaupun aku keletihan tapi aku kuatkan semangat terutama mata untuk menonton tivi. Tengok drama Turki. Walaupun tak paham apa yang depa cakap, tambahan pula takde sari kata dalam bahasa Inggeris, tapi jalan ceritanya lebih kurang sama macam kita menonton drama Melayu kat Malaysia. Heroin kat sana (bukan dadah tau) cun melecun. Layan jelah kejap walaupun mata dah rabak.Kami dijemput masuk ke dalam kedai. Suasana separa gelap menyelubungi tika kami memasuki bangunan. Nasib baik ada lampu limpah yang terang. Terdapat pentas kecil berbentuk bulat bersama tiang kaca segi 4 di tengah pentas. Kami duduk di kerusi yang disediakan. Depa bagi kami secawan air teh wangi. Aku teguk sampai habis. Aku dok tertanya-tanya fashion show apa yang depa nak persembahkan pada kami. Aku ada rakam video fashion show. Hangpa boleh tengok video kat bawah ni.
Bersambung...
Comments
Post a Comment